Posts

Demi ummah

Assalamualaikum. Siang tadi saya mengikut satu kursus motivasi yang cukup menarik pengisiannya. Lega sangat rasanya bila Allah gerakkan hati ini untuk sertai majlis ilmu tersebut. Biasanya, jarang nak sertai dengan rela majlis macam ni, kalau dipaksa atau diwajibkan itu lainla pulak kisahnya, hihi...Banyak ilmu yang dapat saya kutip hari ini. Betapa hebatnya perkongsian beliau penceramah.  Dapat sayang buat analisis yang insan-insan Yang hebat ni, dapat menjadi hebat kerana Allah berikan jalan dan kesempatan untuk diorang berkongsi kepakaran diorang dengan insan lain. Insan yang hebat sebegini juga kebanyakannya memang jenis manusia yang telah melepaskan kesenangan yang pernah digenggami demi menyebarkan kenaikan Dan ilmu diorang kepada orang awam. Kesenangan diri tidak diutamakan, sebaliknya perjuangan yang ikhlas menjadi matlamat diri.
Berjuang untuk ummah.
InsyaAllah moga lebih ramai termasuk kita akan mengguna pakai falsafah tersebut untuk menjalani kehidupan mendatang dengan lebih…

Januari 2017

Image
Assalamualaikum.
Dah hampir habis bulan Januari 2017 ni, tetiba terasa nak menulis sesuatu, kot kalau dah tak berapa ingat kejadian masa muda hari nanti, bolehla jenguk blog untuk mengimbas apa yang pernah ditulis. Awal tahun ni pastilah yang menjadi tumpuan ialah Encik dalam gambar di atas ni. Kemain seronok dia kerana dapat masuk ke tahun satu. Sebulan berlalu, mama dah rasa biasa aktif seawal pukul 5.30 pagi. Mujur Encik ni pun tak kisah kena bangun seawal 5.50 pagi. Mama jelah yang terlebih emo dalam masa seminggu pertama bila melihat anak naik van untuk ke sekolah pada pukul 6.15 pagi. Balik pulak dah pukul 6.45 petang paling awal. Keluar masa masih gelap dan balik ke rumah pun dah gelap. Tak apalah ye nak. Alah bisa tegal biasa ye anakku.. kalau tak susah dahulu macam mana nak senang kemudian, Kan?
Dua Encik ni pun alhamdulillah, baik-baik juga. Sejak sesi persekolahan ni, macam diorang tahu je kalutnya mama, tak banyak karenah diorang. Kecuali sekali sekala Encik kecil tu berja…

Benda percuma siapa tak nak

Image
Siang tadi Papa N beriya nak mengajak anak-anak merasa naik MRT. Memang cari nahas namanya bila gedik nak merasa pengalaman naik MRT di fasa tengah percuma dan hari Ahad pulak tu. Bila dah pergi tu baru tahu azabnya. Orang yang naik tadi beramai-ramainya. Mak ai, serik weh. Sesak sungguh.
Sebab dah lama tunggu train tu, naik jugala dari stesyen Surian dan turun di stesen berikutnya. Serik betul bersesak tadi. Dah la lama betul tunggu train datang, agaknya sebab fasa percuma, maka masa train tak sistematik lagi. Kalau dah beroperasi penuh trainnya masih juga lambat macam tu, ramai la yang akan komplen nanti. Mujur sebelum keluar tu dah makan tengah hari sedap air tangan sendiri. Maka takla rasa stress bercampur lapar. Kita fikir positif je.  Bersangka baik. Gambar makanan ada ler.. gambar MRT mitak maaf ye, ilek..dengan manusia selesai tadi tak sempat dan tak berani keluarkan phone pun. Melayan dua anak yang tak sabar dan kepanasan pun dah satu kerja berat.

Family Day 2016

Image
Tahun ini MIL saya memilih mengadakan hari keluarga di Melaka. Sebelum ni tiga tahun berturut-turut kami ke Pulau Pinang untuk hari keluarga ni. Namun, kemeriahan tetap macam biasa. Bila semua dapat berkumpul, mana tak meriah kan?
Dua Ahmads ni kemain lagi pada masa tu. Opahnya singgah bermalam di rumah kami, diorang minta dengan Opah nak ikut Opah kerana nak pergi ke Melaka awal untuk berkumpul dengan abang sepupu yang dah ada di sana. Muka gembira masa melambai kepada mama dan adik hari tu, amboi dah macam budak besar pulak gayanya. Siap angkut beg masing-masing berisi baju dan mainan sendiri lagi masa tu.
Program tiga hari dua malam ni berjalan lancar sebab perancangan teliti oleh MIL. Kagum betul saya. Bekas guru besar ni, memang jenis fikir keseluruhan perkara dengan teliti. Esok-esok kalau saya jadi nenek macam mana la pulak gayanya. Huhu, ITU fikir nanti ajelah.. lama lagi.. Ai, angle kamera tu yang buat ahkak nampak gedabak besar. Tapi masukkan juga gambar ni buat kenangan se…

Trip to JB: After 6 years

Image
Tarikh: 4-6 Disember 2016 Pindah dari JB masa si dia ni berusia 8 bulan, kami kembali melawat JB lagi pada usia dia ni 6 tahun 8bulan ..
Tujuan utama untuk ke Legoland. Gembirakan budak yang bercuti. Dah lama tak jalan-jalan sebab mamanya mengandung dan berpantang. 
Mama seronok dapat makan makanan yang best di Jb..tahu bakar, pisang goreng mawar dan yong tau tu di Dataran. Menggambit kenangan lalu weh.. tempat jatuh lagi dikenang, inilah pula tempat bermain... Kan kan kan...

Tiga hari dua malam di JB cuaca panas terik. Dah seronok dan capai tujuan berninja-go, JANGAN sebut lagi nak ke Legoland ye Ahmads, tunggu baby besar sikit tau.. takla mama jadi bibik aje.. sebelum masuk warganegara emas boleh la mama main apa-apa.. PS: teringin nak main roller coaster hari tu tapi baby ada, jadi tengok ajelah..
Bye JB.. till we meet again k..

Sebab kenapa wanita nak kurus.

Image
Amaran: entry ini adakah berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak mengambil kira kajian saintifik.Assalamualaikum semua.
Haha, seawal entry dah bagi amaran. Macam la nak tulis sesuatu yang gempak. Padahal nak bercerita pasal kegemukan yang melanda diri je. Huhu. Jadi, berbalik kepada tajuk, kenapa saya nak sangat kurus, ada tiga sebab:
1. Nak elakkan orang mengata saya gemuk.
(Ada tau yang macam tu. Tengok gambar profile whatapp, selamba je bagi mesej tak ada salam apa, ayatnya, "tembamnya kak oi, gambar ko terbaru ke tu?" . Sentap mak oi.. tak sensitif betul perempuan tu!!)2. Tak selesa dengan lemak di bahagian perut, punggung dan paha. 3. Untuk rasa lebih fit dan selesa berpakaian.Sejak abis pantang yang dah nak masuk tiga bulan atau secara tepatnya 81 hari yang lalu, saya masih lagi nampak agak berisi. Ok, faham ayat kat situ, agak berisi. Bagi yang biasa nampak saya kurus, ramai yang kata tahap ni sesuai daripada badan dulu yang kurus. Sedang-sedang comel kata dio…

Lupa memang penyakit semua orang

Image
Mana ada manusia yang tak pernah lupa sesuatu dalam hidupnya kan? Ada ke? Memang hebatla insan tu kalau sememangnya dia tak pernah langsung terlupa walaupun satu perkara atau satu benda dalam kehidupanya. Otak dia memang terbaikla. Ataupun juga dia memang seseorang yang cukup sistematik dan ada visi.Itulah, ayat pujuk diri sendiri malam ni. Dari magrib tadi saya tetiba teringat sesuatu yang agak penting. Puas mencarinya di seluruh rumah ni, di sekitar kawasan yang dirasakan ada kemungkinan pernah menyimpannya. Cari punya cari berkali-kali tak juga ditemui. Akhirnya, ternampak Maggi tomyam. Masak Maggi tomyam tu dan sambil tu tonton cerita ikan dukung, drama korea di 393, dapatlah kembali bertenang. Lap air mata sebab pedas pulak. Lepas tu gelakkan diri sendiri sebab letak barang merata dan lupa pulak mana letak. Sambil tu gelakkan diri sekali lagi sebab makan maggi dah pukul 10 malam sedangkan dalam fasa diet sikit, malam tak makan berat.. ai, susah hati punya pasal memang rasa nak ma…