Pilihan warna

Cuba korang tengok ni, baju batik baru beli ni cantik tak? Ni hasil berjalan-jalan di Pasar Siti Khadijah semasa balik kampung aritu..


Waktu kat kedai dah terasa ni yang paling cantik dah. Sebab tu beli yang ni. Bila balik, kakak-kakak saya pulak bagi komen cakap saya selalu pilih warna gelap bila beli baju. Alamak, betul ke macam tu? Ditinjau-tinjau almari, ternampaklah tiga helai baju kurung yang dibeli pada waktu puasa aritu pun warna coklat dan ala-ala coklat. Betul rupanya kata diorang. Alahai, tak perasan lah pulak. Dah minat color ni nak buat macam mana.


Takkan tak nak pakai disebabkan komen diorang tu. Bukan murah beli ni. Lagipun stok baju batik bukan banyak pun dalam almari tu.. Lagipun bagi saya , kalau beli kain baju dan buat baju kurung yang berwarna cerah ada lak masalah lain nati. Kena lah dialas atau kena pakai 'inner'. Lagi-lagi mengajar kat depan budak-budak sekolah menengah yang tengah membina jati diri tu faham-faham saja lah. Ada yang jenis tengok cikgu dari atas ke bawah. Jadi nak selamat, beli warna gelap.


Hentam aje lah, pakai je. Lain kali saya cuba pilih warna yang ceria lak.

Comments

  1. salam..

    kadang2 pilihan hati kita tak sama dgn pandangan org lain.so ikut saja kata hati.kalau LM sendiri memang suka warna cerah dan ceria.kalau belikan bonda pun LM akan pilih krim, hijau muda, kuning air sampai adik2 tau dah citarasa saya. mereka tau baju bonda saya yg pilih.malah saya pula marah bila adik saya pki baju hijau lumut dan purple tua..cam org tua saya komen.

    ReplyDelete
  2. @Nz : thanks, sejuk ati ada org puji cantik

    @LM: kata2 awk sama dgn kak ngah sy, dia kata pkai bj gelap bt nampak lbh tua.. ok, xpe, selepas ni sy try beli bju yg lebih ceria sikit warnanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?