selamat berkhatan untuk Mirul

Imej: google
Semalam semasa berada di rumah ni, Mirul ( anak buah) ditanya seronok tak bila akan berkhatan hari ni. Dia jawab ape tau tak? "Entahla". Bila ditanya lagi " ni ayah yang suruh ke Mirul yang nak berkhatan?". Jawapannnya "dua-dua". Sesambil tu, dia tekun je bermain online game.

Budak sekarang tak takut. Berkhatan bagi diorang biasa je. Teringat lak sewaktu adik saya dulu, 16 tahun yang lalu rasanya..eh rasa tua lak..hehe.. Adik saya ni nakal orangnya semasa kecil. tapi dia selepas berkhatan tu, diam tak bergerak sehingga sembuh. Dalam hati ada juga saya gelakkan dia. Terfikir yang ada juga perkara yang dia takut.

Tu dulu. Perubatan kini dah canggih, sehinggakan berkhatan dah jadi perkara yang budak-budak anggap satu kemestian, bukan lagi takut nak menghadapinya..

Selamat berkhatan buat Mirul... Kena kurangkan aktif untuk sehari dua ye..

Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?