Akademik vs Kelakuan?

Minggu yang sibuk dengan pre-sale dan Hari Karnival ni, macam-macam pengalaman dah didapati. Antara perkara yang buat saya kagum ialah, pelajar yang nakal, yang selama ni kata dalam kelas dia malas betul nak buat kerja sekolah, dia suka bersembang masa saya mengajar, ala kira budak yang bermasalah, tapi semasa hari pre-sale, budak ni rajin membantu cikgu, malah yang kagum lagi sanggup lak bagi sumbangan duit dan barang untuk cikgu berniaga.

Kagum tul. Nak bandingkan budak lain, yang kita tengok dalam borang maklumat, mak ayah diorang kerja besar, gaji berpuluh ribu tapi kedekut nak menyumbang. Tu kira oklah, sebab bab sumbang ni hak masing-masing kan? Tapi ada yang lagi dasyat, tak bagi langsung anak beli kupon.....sabar aje lah..

Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?