Ameera + Andai ku bercinta lagi

Setiap hari Selasa hingga Jumaat, memang saya menantikan drama di slot Samarinda, Ameera.. Best tul rasanya drama ni. Ditambah pula dengan lagu latar yang menyegat. Pada hal sebelum ni pernah dengar lagu ni, tapi tak terasa apa-apa pun. Gabungan lagu dan drama ni menyebabkan saya tertunggu dan kadang-kadang berebut remote tv dengan suami. Hehe..kelakar tul,pada hal sejak mengandung ni, saya jarang sekali nak tengok tv selepas pukul 10 malam. Mana kah nak tidur lewat, balik sekolah je terasa penat. Namun kini, rela tidur lewat sikit demi nak tengok drama ni.

Lagipun watak Ameera dan Amir memang sesuai dan dijayakan dengan bagus oleh Rita Rudaini dan Samsul Yusuf.
nampak ayu je akak ni kalau bertudung.....

Tak sabar nak tunggu episod terakhir, nak tahu kesudahannya macam mana.

Comments

  1. saya tak sempat tengok akak citer nie..tapi betul la..kalau lagu dalam drama mesti best..suka download..memang manis rita nie kalau bertudung..mudah-mudahan terbuka hatinya..insyallah..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?