Tambah anak, confirm ke tak?

Tambah ke tak nak? Kalau saya diberi pilihan tentulah tak nak....Alasan saya tak nak sebab tak larat nak layan ramai sangat, yang ada pun tak berapa cukup mental dan ketahanan fizikal melayannya..

Hehe, ni bukan bercakap pasal anak sendiri. Ni tentang anak murid di sekolah. Realiti yang pihak luar tak tahu, kekurangan guru di kebanyakan sekolah. Di sekolah saya je untuk sesi petang setakat ni kekurangan 3 orang guru. Seorang, kuota ustaz dari awal tahun lagi sememangnya tak ada. Kemudian tengah tahun hari tu, seorang rakan dapat bertukar ke Kuantan, kurang lagi seorang. Seminggu lepas, seorang lagi rakan kami telah dipindahkan ke Subang.

Penyelesaian yang terkini yang pihak pentadbiran maklumkan ialah membubarkan 1 kelas yang ada. 10 kelas jadi 9? Abis budak-budak akan dilonggokkan di kelas-kelas yang ada kan? Jadi, nak tak nak bilangan murid yang sekarang di sekitar 31-35 orang sekelas akan bertambah menjadi 37-40 orang.

***********************************************************
Bayangkan korang ada anak 40  orang, agak-agaknya apa yang nak dibuat? Keputusan bubar kelas ni tahu Isnin depan, sebagai mentimun, tunggu dan terima aje la ape keputusan.

Comments

  1. sekali baca tajuk ingat nk tmbah ank sndiri.. hehhe

    ReplyDelete
  2. ina: haha, tertipu ye.. anak sendiri nak tambah lagi 1 @ 2 je...kalau 40 tak sanggup!!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?