Posts

Showing posts from July, 2012

Sediakan makanan kegemaran anak

Nak jaga anak bukan mudah kan? Baru sorang Naim ni pun macam-macam karenahnya. Kalau di rumah, Naim ni bukan main susah nak makan nasi. Asyik-asyik nak susu je. Mulanya risau juga takut Naim tak cukup zat. Kalau disuap dengan pujukan yang pelbagai pun dia cuma akan makan sedikit je. Yang pasti akan habis ialah ayam goreng dan sayur je. Tapi mujur juga di taska Naim akan makan banyak nasi. Itu yang diberitahu oleh cikgunya. Tak pe lah kot, asalkan ada juga dia makan nasi. Jadi, nak tak nak sekarang saya kenalah sediakan makanan lain sebagai alternatif untuk diberikan kepada Naim. Saya perhatikan Naim akan makan banyak sekiranya saya masak spagetti atau mee kuning. Tu yang selalu sangat saya masak kedua-dua makanan tu. Kadang-kadang buat sup dan paling banyak gorenglah. Mudah nak sediakan, tambahan pula Naim memang suka makan mee goreng. Tapi resepinya tentulah resepi yang sesuai untuk kanak-kanak. Paling penting kena ada masukkan lobak merah, sebab itulah sayur yang paling Naim suka m

Lain orang lain alahan

Bercakap tentang pengalaman mengandung ni tentu ramai yang nak kongsikan pengalaman masing-masing kan? Macam-macam pengalaman dan alahan pun tentu macam-macam.. Selain kerap penat sejak mengandung ni, saya sebenarnya taklah banyak alahan yang pelik-pelik. Cuma ada sedikit muntah-muntah pada awal-awal dulu. Tapi, antara yang lain daripada lain ialah sejak menempuhi masa-masa mengandung kali kedua ni, saya memang tak gemar memakai mekap. Pada hal sebelum ni bukanlah saya pakai banyak mekap pun.. Kalau setakat nak pergi ke sekolah saya cuma akan pakai pelembab dan akan tepek bedak. Kemudian calit sikit lipstik yang warna tak terang. Kira adalah juga pakai sedikit sebanyak tak nak bagi murid tengok cikgu muka macam tak siap aje, kan?Tapi, sejak mengandung ni, lipstik dan bedak saya memang dah tak pakai. Malah, Naim dah rosakkan bedak dan lipstik saya, jadi sekarang tak kisah tak ada bedak dan lipstik langsung dalam beg tangan. Terasa tak mau pun nak pakai semua benda tu. Beberapa mingg

Penantian satu penyiksaan?

Dalam sesetengah keadaan saya memang tak suka menanti. Contohnya sekiranya ada urusan di bank, hospital atau jabatan kerajaan lain yang kena tunggu lama. Ai, naik sakit kepala rasanya. Tempat-tempat ni kan selalunya ramai orang, tak senang duduk rasanya. Nak keluar atau ke tandas pun kadang-kadang takut terlepas nombor giliran. Sama juga kalau ada janji dengan seseorang. Selalunya saya takkan senang duduk dan selalunya akan keluar awal dari masa yang dijanjikan. Bukan apa, nak buat benda lain pun tak boleh fokus dah bila ada janji dengan orang. Tu yang nak marah bila orang yang berjanji dengan saya tu senang-senang datang lambat dan buka muka tak salah pun.. Kalau masa peperiksaan pun sama juga saya ni. Sebabkan takut nak hadapi apa soalan yang mungkin keluar nanti, selalunya masa malam peperiksaan saya memang tidur sejam dua aje dan tu pun akan terjaga setiap 15 atau 30 minit. Bayang kan, berkali-kali tengok jam sebab takut masa dah lewat untuk pergi ke dewan peperiksaan.. Tu yang

Iktibar dari drama Maafkan Aku

Ramai yang menonton cerekarama di TV3 semalam tak? Saya rasa banyak drama dan rancangan di bulan puasa ni yang membawa banyak pengajaran kepada penonton. Tahniah, nampaknya penerbit di negara kita ni  semakin ramai yang prihatin tentang hal ini. Taklah terasa menyampah nak tengok tv sesambil menunggu nak siapkan makanan ataupun bersantai-santai dengan ahli keluarga, kan? Saya tertarik dengan konsep orang yang menghargai peluang kedua. Macam Firdaus semalam, secara logiknya memang ramai antara yang terlibat dengan jenayah atau masalah sosial ni ada latar belakang seperti Firdaus. Naluri manusia yang penuh amarah memang takkan menolak untuk jadi jahat sekiranya dituduh dengan fitnah yang dasyat. Tak juga boleh kita nak salahkan sesiapa dalam hal ni, ramai yang terlibat. Namun dugaan Allah ni hanya Dia yang tahu apa hikmah-Nya. Siapa sangka peluang kedua untuk jadi lebih baik datang? Malah kehidupan yang jauh lebih baik Firdaus dapat. Dalam kehidupan kita pun, ramai yang dapat peluang

Latihan pertama tak pakai pampers

Ingat lagi entry saya sebelum ni tentang nak latih Naim tak pakai pampers? Hari pertama pakaikan Naim training pants, akhirnya berlalu. Sebagai persediaan, sepanjang masa hari ni kami anak beranak menghabiskan masa di tingkat bawah je . Tujuannya supaya senang bersihkan kalau Naim terkencing dalam seluar tu. Selain tu, kami pakaikan dia seluar kain ni pada pukul 10.30pagi, selepas Naim dah buang air besar. Hari pertama ni kira ok juga sebab tak ada Naim terkencing merata. Dua seluar dipakaikan sepanjang hari ni, sebabnya pada pukul 1 tadi, tetiba tengok seluar pertama dah basah. Naim kelihatan tak selesa je, tapi dia tak bagitahu pun yang dia dah terkencing dalam seluar kain tu. Mujur waktu tu dia ikut papanya main kat laman belakang, jadi tak payah nak cuci dalam rumah. Sejam setengah kemudian, papanya bawa Naim ke bilik air untuk mengelakkan Naim kencing dalam seluar kedua. Kali ni berkali-kali ingatkan Naim supaya bagitahu sekiranya dia nak kencing. Jadi sempatla latihan tak p

Tiga orang tiga jenis makanan

Image
Hari kami suami isteri berbuka puasa ikut selera masing-masing... Saya beli mangga dan buat kerabu mangga versi Kelantan, iaitu ada letak isi ikan sedikit. Lebihan ikan tu saya goreng je, kemudian makan dengan timun dan budu..Sedap rasanya. Suami lak masak sendiri, ayam masak lemak cili padi dan kangkung goreng. Waktu saya balik tadi sekitar jam 6.10 memang suami dah mula masak ayam tu.. Dia pun makan bertambah-tambah. Yang paling tak tahannya berkali-kali dia puji masakannya sendiri tu sedap sangat. Eloklah tu, saya pun cuit sikit-sikit makanan yang suami masak, suami pun cuit sikit-sikit je makanan yang saya makan tu. Tapi akhirnya habis juga saya ratah kerabu mangga dan ikan  goreng tu. Entah apa kena mengena pic ni dengan entry ni.. Naim lak makan jagung rebus, mama dia yang rebus sendiri kali ni. Makan jagung tu Naim tabur-tabur, bukan makan habis pun. Kecik ati mama tau, macam tak sedap je mama rebus jagung tu. Tapi tengok dia gembira lepas makan, legalah hati. Macam-ma

Lega sampai ke hari ini

Akhirnya berjaya juga saya mengharungi detik-detik kehamilan kedua ni sehingga ke hari ini. Memanglah sejak dua minggu ni, situasi penat dan tak larat memang terasa sangat. Banyak kali saya mengharapkan akan bersalin awal dari tarikh, lebih-lebih lagi di saat terasa tak larat. Namun bila difikirkan, sehingga semalam, saya dah selesaikan banyak kerja di sekolah. Saya memikirkan perlu sangat serah tugas yang lengkap supaya cikgu pengganti tak terbeban dengan kerja-kerja yang ditinggalkan. Cuma yang masih lagi belum betul-betul lengkap ialah fail-fail PBS yang menimbun dengan evidens yang tak disusun sepenuhnya lagi. Dengan Zilla di meja sebelah juga saya dah berpesan macam-macam amanat dan rahsia.. Hehe, bukan rahsia apa, rahsia tentang kerja-kerja saya yang bakal ditinggalkan nati. Bab makan pula, rasanya saya dah makan banyak, jadi tak ada lagi teringin kalau bersalin selepas hari ini. Masa bersahur tadi, saya dah habiskan buah longan yang dibeli dua hari lepas. Kalau ikut pengalam

Balut Jiwa : Menutup aurat

Sempena bulan puasa ni, murid-murid perempuan beragama Islam digalakkan memakai tudung dan pakai baju kurung. Bukan ape, tujuan sekolah tetapkan macam ni adalah untuk mendidik anak-anak ni lebih dekat kepada tuntutan agama. Nak paksa pun tak boleh, kan? Jadi, semasa puasa inilah secara psikologinya boleh didik diorang untuk menutup aurat. Setakat tiga hari bersekolah dalam minggu ni, sejuk hati tengok murid-murid perempuan yang Melayu memakai tudung. Tapi ada juga yang degil, yang tetap tak nak pakai tudung atau pakai baju kurung. Bila ditanya kenapa tak pakai tudung, macam-macam alasan diorang ni. Tapi yang paling mengejutkan ialah ada seorang murid yang mengadu dia tak memakai tudung kerana TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI TUDUNG OLEH AYAHNYA. Menangis-nangis murid ni bila bercerita tentang ni. Katanya dia pernah minta nak pakai tudung tapi ayahnya bertegas tak benarnya dia pakai tudung. Malah, semasa di sekolah rendah, ayahnya pernah memeriksa beg sekolah pada masa-masa tertentu untuk ten

Gara-gara kerabu mangga

Assalamualaikum... Malam ni nak citer pasal buka puasa petang tadi. Tadi untuk buka puasa, salah satu menu yang dibeli ialah kerabu mangga. Nak masak sendiri, malas... Masa makan tadi rasa biasa je. Sekitar pukul 9 tadi, suami dah komplen yang dia mula rasa gatal-gatal. Siap tunjukkan lengan yang ada kesan merah-merah gatal.  Dia syak ni kesan makan kerabu mangga tadi, dalam tu ada banyak udang kering...Masa dengar komplen dia tu, saya gelak je, sambil tu sempat lagi usik suami.. "Tu lah, dah tahu abang tu allergic, nak juga makan kerabu mangga tadi, ". Sedap je bila nak cakap tentang orang lain kan? Jadi nak dijadikan cerita, pukul 10 malam, saya sekali lagi makan kerabu mangga yang tadi tak sempat nak habiskan. Kali ni habis semua yang tak abis tadi saya ngap licin. Tu dia, puas hati dapat makan kerabu mangga. Tapi, kesannnya............dalam pukul 10.15 tadi dah mula rasa gatal-gatal juga. Ni yang dikatakan tak sedar diri, diri sendiri pun spesis kulit lokek( istilah

Moreh kami: Kebab daging

Image
Menu moreh malam ni sebenarnya disebabkan tak nak bazirkan roti gardenia yang dibeli Ahad lalu. Maklumlah bulan puasa ni, tak ada masa sesuai nak makan roti ni. Jadi, buat la kebab roti gaya campak apa yang ada supaya ada guna roti ni. Bulan puasa ni kan tak elok membazir? Bahan-bahan: Roti gardenia daging cincang separuh paket Bawang putih 2 ulas Bawang besar dicincang kasar Timun Sos tomato Sos cili Serbuk lada hitam 1 sudu kecil (kalau nk pedas letak lebih) Mayonis Cara-cara memasak: 1. Panaskan kuali dengan minyak. Tumiskan bawang putih. 2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga separa masak. 3. Masukkan semua sos dan lada hitam. 4. Perasakan dengan sikit garam. Masukkan bawang merah dan timun bila daging dah masak. Kacau sikit dan tutup api. 5. Bila nak makan tu, sapulah mayonis pada roti ikut kesukaan korang. Senang je kan? Kalau ada tomato, lagi sedap kalau masukkan tomato yang dicincang halus. Makan sambil menyaksikan perlawanan bola Malaysia lawan Arsen

Mencuba training pants

Image
Bahagian belakang, lawakan? Inilah yang namanya training pants. Baru semalam saya beli seluar ni daripada seorang kawan. Dia taklah jual sebenarnya, sebaliknya kawan ni syorkan setelah dia gunakan seluar ini untuk melatih anak lelakinya meninggalkan pampers dan pandai menguruskan diri tanpa pampers. Terima kasih Zilla ye.. set ni ada dua helai. Seluar ni diperbuat daripada kain. Manfaat seluar dalam kain ni adalah dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Dipercayai anak-anak yang tidak biasa dengan kelembapan  dan  kebasahan akan belajar bagaimana badan mereka berfungsi. Ini juga membantu mereka belajar bagaimana untuk mengesan pundi kencing yang penuh dan memberitahu keperluan mereka kepada orang dewasa. Maklumlah selama ni asyik pakai lampin pakai  buang yang akan menyerap kebasahan. Tapi di sebaliknya, saya kenalah bersedia fizikal dan mental untuk bersama-sama Naim dalam fasa ni. Maklum aje lah bila materialnya kain, tentulah pada peringkat awal ni akan ada kemungki

Balik raya Kelantan tahun ni

Rasanya banyak pasangan suami isteri  akan berebut tentang sambutan raya pertama di rumah siapa, kan? Mungkin tak ramai yang jenis tak kisah kat mana pun beraya ari pertama. Walaupun mungkin dalam pantang, raya tahun ni mestilah seronok sebab saya akan balik beraya di Kelantan lagi. Hehe...suami saya dah berbunyi yang dia rasa lain macam sebab dua tahun berturut-turut balik raya di Kelantan. Nasib la, saya jawab. Dah kebetulan Mak dan Abah pergi umrah dan cuma akan balik pada petang raya kedua, jadi anak-anak kenalah beraya di rumah mertua kan? Sempat juga saya berseloroh dengan suami pagi semalam, " Kalau abang nak juga beraya di Tapah, abang balik ke Tapah la, ape salahnya, dua hari tunggu Mak dan Abah balik,". Tak nak dia, takut sedih beraya tak ada ahli keluarga. Tau pun.... Tapi tahun ni kena ada rancangan baik untuk perjalanan kami balik kampung. Sesiapa yang balik Kelantan tu tahulah keadaan trafiknya macam mana. Kadang-kadang sampai 12-14 jam dalam kereta baru boleh

Setem kad ucapan perayaan tidak melebihi 50g hanya 50 sen

Image
Terbaca artikel ni di Metro tadi. Ramai lagi tak yang gemar hantar kad raya dengan cara pos ni? Rasanya kalau saya sendiri, dah dua atau tiga tahun tak beli kad raya. Ucapan raya disampaikan cuma dengan SMS, MMS, facebook atau melalui ucapan di blog. Lebih mudah rasanya. Tak payah nak beratur di Pejabat Pos untuk beli setem. Kad lak, harganya lebih mahal. Kalau gunakan internet atau telefon bimbit, cepat je dan haraga jauh lebih murah.. ye kan? Mungkin bagi adik-adik yang masih bercinta ada lagi yang beli kad. Kad yang comel dan istimewa kan? Kad memanglah boleh disimpan untuk buat kenangan bila tua nanti.. Tak pun bagi syarikat-syarikat ada yang akan hantar kad sebagai penghargaan kepada pelanggannya. Tapi bagi rakyat biasa, rasanya dah makin kurang budaya hantar kad raya ni, kan? Macam-macam perubahan bila teknologi semakin maju kan? Entah beberapa tahun lagi macam mana pulak jadinya. Apa pun yang penting ucapan dan ingatan kepada rakan, ahli keluarga dan jiran tetap ada. Secan

Terkenang lagi

Image
Banyak masa arini tak buat apa, sekadar berehat, main dengan Naim dan melakukan kerja-kerja mudahje buat saya terkenang pengalaman Ramadhan yang lalu. Bila dikenangkan banyak juga kenangan manis. Tahun 2010, masa saya masih lagi di Taman Tun Aminah, Skudai, selalu saya dan rakan-rakan serumah berkunjung ke bazar ramadhan untuk membeli makanan berbuka. Terima kasih kepada Lina, Mary dan kadang-kadang Azmi yang akan bergilir-gilir mendukung Naim semasa kami di bazar Ramadan ni. Naim lak yang kelakarnya, akan selalu tertidur bila masuk bazar ni. Rasanya dia yang waktu tu baru 6 bulan tak biasa dengan orang ramai yang memenuhi bazar. Tambahan pula, bila melalui gerai yang menjual ikan bakar, ayam percik, satay atau yang melibatkan bakar-bakar tu selalunya memang akan ada banyak asap, kan? Agaknya tu sebab Naim ni pejam mata lalu tertidur. Mujur ada rakan yang prihatin macam ni..Dapatlah kami bertukar-tukar selera, kadang-kadang pergi ke Taman Universiti, kadang-kadang pergi ke Bandar Ba

Anak suka memukul: Patut risau ke?

Image
Si nakal yang suka senyum... nak marah pun tak sampai hati Arini terasa nak tulis tentang Naim. Saya sebenarnya semakin risau dengan sikap Naim yang suka memukul saya dan papanya sekiranya ada yang tak kena. Contohnya sekiranya dia ditegur kerana menyepahkan rumah atau tak mengikuti arahan kami. Rasanya dia dah berkelakuan macam ni sejak 2 minggu lebih. Mulanya kami taklah fikirkan sangat tentang ni. Taklah setiap masa dia buat macam ni. Masa-masa tertentu sahaja. Tapi bila beberapa hari berterusan, mulalah wujud kebimbangan. Mula-mula ada juga kami bertanyakan kepada rakan-rakan yang ada anak-anak kecil. Macam-macam pendapat saya dapat. Ada yang kata mungkin Naim terpengaruh dengan perangai budak-budak lain di taska.  Ada pula yang mengatakan budak-budak akan bertukar-tukar kelakuannya, taklah perlu risau sangat. Ada juga yang cakap mungkin Naim mengada-ngada macam tu kerana nak dapat adik. Logik ke? Korang ada tak pengalaman macam ni?  Setakat ni saya dan suami akan bagi dia

Alhamdulillah...

Image
Alhamdulillah, hari pertama puasa tahun ni berjaya saya puasa hingga azan maghrib. Bukan bangga apa, cuma sebab biasanya mak buyung ni memang cepat lapar, tapi hari ni boleh je tahan lapar.Besarnya kuasa Allah. Kalau Allah nak buat semuanya boleh jadi. Cuma yang sedikit merisaukan tadi bayi dalam perut tak aktif seperti biasa. Petang semalam tak masak pun. Kami mencari juadah berbuka di Bazar Ramadan Alam Megah. Tahun lepas tinggal kat sini, selalulah pergi ke bazar ni bila nak beli makanan. Mula-mula tu ok je saya jalan sambil nak tengok-tengok apa yang dijual. Masuk separuh kawasan tu dironda, mula saya rasa tak larat dan pening. Terus jalan cepat-cepat dan duduk di tepi, tempat orang tak ramai. Ai, lain kali mungkin tak nak dah pergi bazar lagi. Dengan orang ramai, tak sanggup rasanya. Orang yang sihat tak ape lah, seronok je meronda untuk tengok-tengok apa juadah yang nak dibeli. Apapun, alhamdulillah berjaya juga bertahan dan dapat berbuka puasa pada masanya. Ni lah antara jua

Merancang masa depan

Dua hari yang lalu, saya ada bersembang-sembang dengan biras, Kak Sal. Sekarang ni Kak Sal dah ada pendapatan tambahan, dah dua bulan mula mendapat wang daripada wang sewaan home staynya di Muar.. Saya pernah tulis entry pasal home stay ni sebelum ni. Malah malam Selasa pada pukul 10 malam ada pelanggan yang buat panggilan untuk masuk ke home stay ni, tapi disebabkan tuannya tak ada di Muar tak jadilah. Bukan rezeki, kata Kak Sal. Kak Sal ada nasihatkan suami saya untuk mula fikirkan apa yang nak dibuat untuk tambah pendapatan. Betul juga kata Kak Sal tu. Kami pun penah bincangkan hal ni, tapi tak ada yang sesuai dengan keadaan sekarang...Tahu tanggungjawab semakin bertambah. Anak dah nak bertambah jadi dua. Selain itu untuk jangka masa panjang pun kena fikir, orang makan gaji swasta macam suami saya bukan ada pencen pun. Setakat gaji saya sebagai cikgu, saya tak tahu la cukup tak pencen yang bakal didapati untuk kehidupan kami suami isteri bila dah tak bekerja nanti. Masa hadapan te

Akar kembang fatimah

Image
Tak beberapa lama dulu saya dapat akar ni daripada seorang kawan, Saliha namanya. Dia pun tengah mengandung. Katanya akar ni perlu direndam dan airnya boleh dimakan untuk memudahkan proses kelahiran nanti. Saya yang tak pernah minum air ni, dah mula rendam akar ni sejak minggu lepas. Pada pendapat saya, dah nak dekat tempoh bersalin, eloklah dimimum air ni. Jadi, sejak semalam, dah 3 kali saya minum. Tetiba biras saya yang datang semalam ada tegur, air akar ni tak elok diminum awal. Sebaiknya bila dah ada tanda kelahiran seperti keluar darah atau air ketuban baru lah diminum. Alamak, apa? Macam mana ni? Satu lagi, saya ada terbaca yang kononnya akar ni cuma akan kembang mengikut waktu tuannya dah nak bersalin. Ye ke? Rasanya setakat yang saya dah rendam tiga kali ni, memang kembang je... ke lain macam kembangnya bila dah betul-betul tiba masa nak bersalin.. itu tak pastilah. Macam mana ye sekarang? nak kena tunggu sakit dulu ke baru minum lagi ? ke boleh je teruskan minum air n

Hadiahnya bayi....

Tak lama lagi dah bulan Ogos, hari jadi saya. Sesaja tanya suami, "abang dah sediakan hadiah ke hari jadi ayang tahun ni?".  Senang je dia jawab, " dah, hadiah baby baru"... Amboi-amboi, saya yang bersusah payah  dia lak cakap tu hadiah saya untuk hari jadi tahun ni.. Kononnya dapat anak kedua ni akan buat saya tambah gembira, tulah hadiah yang paling bermakna  berbanding hadiah yang dibeli... Tak pe-tak pe, kalau betul gitu, hadiah untuk dia tahun ni pun tak ada juga.. Harijadi suami pun belum lagi... Hadiah sama lah juga, bayi baru ni.....Baru adil kan? Sudah tentunya kehadiran bayi ni akan buat kehidupan kami lebih bermakna. Dah bertambah tanggungjawab, maknanya kena lebih matang dan sabar dalam menghadapi karenah anak-anak dan perkara sampingan. Memang tak ada hadiah lain yang lebih bermakna. Ada orang lain yang bersusah payah untuk mendapatkan zuriat tapi masih juga gagal berbuat demikian, kan? Anak-anak yang diberikan didikan yang baik ni juga InsyaAllah

wwe: Sukan yang paling tak faham

Image
Minta maaf lah ye kepada semua peminta rancangan WWE. Sejak kahwin ni, saya memang dah biasa dengan kegemaran suami, iaitu suka tengok  rancangan WWE. Bukan dia je, adik beradik dan mak abah dia pun kalau ada peluang memang suka tengok rancangan ni. Malah ikut cakap diorang, hobi ni mula dari zaman kanak-kanak lagi sebab atuk diorang memang penggemar rancangan gusti. Malah, di rumah arwah atuk di Teluk Intan dulu, kalau ada rancangan ni, semua orang akan menonton bersama-sama. Sampai sekarang, saya betul-betul tak leh faham rancangan ni. Nak kata lasak pun tak lah lasak sangat. Tapi, saya tak minat tengok drama-drama dalam rancangan ni. Bukan ada lawan-lawan je, yang bab bersembang lagi lama rasanya. Sekarang nampaknya Naim sedang dilatih oleh tengok WWE ni, saya nak naik atas dan tidur aje la. Dah tak faham buat ape nak menonton, kan?

Erti Ramadhan dan raya tahun ni

Semua orang tak sabar nak menyambut Ramadhan. Bukan lama pun lagi kan? Terfikirlah pulak macam mana sambutan ramadan kali ni. Dengan jangkaan bersalin yang makin tak lama lagi, susah hati juga kot kot kena ganti puasa banyak hari nanti. Tapi ape pun yang penting semuanya selamat kan? Sebelum mak mertua berlepas ke Madinah tadi pun saya ada minta dia doakan di depan Kaabah semoga saya bersalin dengan selamat dan tiada masalah kali ni.. Sepatutnya kali ni saya seronoklah sebab dapat  beraya di Kelantan dua tahun berturut-turut.. Kalau ikut giliran kena beraya di Perak, tapi sebab mak mertua dan abah akan balik pada petang raya kedua, kami beraya di Kelantan lagi. Tapi kalau dalam pantang, tak adalah beraya pun. Nak makan makanan raya mestilah tak dapat.. bab pakai baju baru pun tak payah juga, orang dalam pantang tak payah nak melaram sangat, pakai baju t-shirt pun tak pe...Redha je la kan? Bukannya budak-budak lagi nak beraya sakan macam dulu. Dah jadi mak orang ni, saya lebih menghar

bila kau sedih

Bila kau sedih, ku menangis Realiti kehidupan taklah selalu seperti dalam lirik lagu di atas. Bila masa kita terasa sedih, kepada Allahlah sepatutnya yang harus kita luahkan masalah kita tu. Hanya Allah yang Maha Mendengar apa sahaja luahan hati kita..

Untungnya masih ada mak...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi bila mengenangkan saya masih ada mak. Harap korang pun sama ye. Semalam ada kawan saya yang bertanya tentang di mana saya akan berpantang kali ni. Saya pun jawab lah, "mestilah balik kampung, bagi mak yang jaga, baru selesa". Tak sangka pula jawapan tu buat kawan saya tu terasa. Bukan ape, dia terasa kehilangan emak. Emaknya dah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Jadi, masa kawan saya ni bersalin anak kedua tahun lepas, dia telah berpantang sendiri. Banyak bezanya semasa berpantang anak pertama dulu, katanya. Bukan hal berpantang sahaja sebenarnya. Sokongan moral daripada emak kita yang lebih penting sebenarnya. Saya tak dapat bayangkan kalau tak dapat mengadu hal kepada emak tentang perkembangan Naim, masalah kerja ataupun hal hal lain. Bukan semua hal emak tolong selesaikan pun sebenarnya, tapi perkongsian ni buat saya rasa lega. Mak juga tahu kat mana kelemahan dan kelebihan kita. Mak juga tahu cara yang sepatutnya marah jika kita b

Muka masam....tak payah berniagalah!

Image
Hari ni seronok sebenarnya sebab saya bekerja mula pagi, jadi dapat balik awal. Sekali sekala ada masa terluang waktu petang, mulalah panjang langkah. Tak ke mana-mana pun sebenarnya, saya cuma singgah di satu kedai hardware di Putra Height. Tapi sayangnya barang yang dicari tak ada. Mulanya saya terfikir nak terus balik, tapi ternampak lak satu kedai menjual barangan sejuk beku. Ini kali pertama saya ke kedai ni. Ai, tau tak? Entah ape jawatan orang di kedai tadi tu, tak mesra langsung. Dah la kedai tu tak ada pelanggan lain. Dia bukan je tak senyum langsung, tengok pun tidak, buat tak tahu aje. Masa saya bayar pun tak sepatah dia cakap. Dengan muka masam dia pulangkan baki RM 34. Macam tak suka orang masuk kedai dia je. Saya memang geram kalau membeli di kedai yang macam ni pekerjanya. Kalau dia tu bos sekali pun, tak salah nak mesra sikit, kan? Tak leburkan  lemak dia pun. Bukannya ambil masa atau kena bayar senyum kat pelanggan. Pelanggan rasa selesa, nanti akan datang  lagi, D

Tunjukkanlah contoh yang baik

Dalam teori pendidikan pun saya pernah belajar yang anak-anak di awal usia sememangnya suka meniru apa yang dibuat oleh orang lain di persekitarannya. Apa lagi, Naim yang belum ada adik ni, asyik berlingkar bawah ketiak mama dia jelah kalau pagi-pagi. Saya perhatikan yang pemerhatian budak dua tahun ni memang bagus sekali. Saya memasak, dia akan minta bahan-bahan yang saya gunakan. Satu kuali memang kena bagi dia guna. Kadang-kadang separuh sayur telah diambil oleh Naim untuk dimasaknya. Dia juga perhatikan saya akan tambahkan air, garam, sos atau kicap sekiranya perlu. Jadi, sekarang kalau dia cuba memasak, dia juga akan cuba ambil bahan-bahan tu untuk dimasukkan dalam kuali dia. Kalau saya menyapu, vakum atau mop, dia pun sibuk mengekor dari belakang. Kadang-kadang terpaksa menjerit larang dia, takut licin buat dia terjatuh. Masa solat pun sama, walaupun saya selalu bentangkan satu lagi sejadah dia sebelah, dia akan solat di depan sejadah saya. Kemudian, kepalanya akan berpaling k

hari malas

Today I don’t feel like doing anything I just wanna lay in my bed Don’t feel like picking up my phone, so leave a message at the tone ‘Cause today I swear I’m not doing anything .....mood pagi ni macam lirik lagu Bruno Mars ni.......

Boleh ke nak wariskan kepada adik?

Image
Semalam saya meninjau-ninjau barangan permainan Naim. Barang mainan yang disimpan taklah banyak sebab kami memang tak beli banyak pun. Naim jenis mudah bosan, main sehari dua je tak nak main, jadi kami putuskan tak payah beli banyak-banyak. Sebahagian tu ada yang diberikan oleh abang ipar sebab anak-anaknya dah besar tak perlukan permainan lagi. Sejak dia makin besar ni, kami beli bila dia sendiri yang minta. Tengoklah nanti adik lak macam mana, entah cukup tak main dengan permainan yang ada ni atau memang akan ada permintaan untuk beli lagi. Masa jenguk-jenguk ni tengoklah juga keadaan walker Naim. Kalau tengok keadaannya tak gamak nak bagi adik guna. Naim sampai sekarang masih lagi gunakah walker ni. Ikut mood dia. Kalau teringin, dia akan naik dan bergerak ke sana ke sini dengan walker tu. Tak kiralah ada orang ke tak ada orang. Walker ni kadang-kadang panjat sofa, Naim la punya angkara. gambar lama: Naim dalam walker sekitar umur 8 bulan, masih lagi di Johor Tengok gayanya,

Penyokong nombor satu 1 Malaysia, korang tahu?

Asyik-asyik tv pasang iklan 1 Malaysia je. kat tepi jalan pun penuh papan iklan tentang 1 Malaysia. Tapi korang tahu tak siapa penyokong nombor satu untuk 1 Malaysia ni? ha, cepat teka, kalau betul korang memang pandai.. Siapa tekaan korang? Muhyiddin Yassin? Salah. Teka lagi? Siapa? Samy Vellu? pun salah lagi. Bagi lagi satu peluang. Tak dapat ye? Hahaha... Nak tahu jawapannya? Siapa lagi kalau bukan Ahmad Naim, anak kesayangan saya. Nak buktinya? Pertama, kalau buka je mana-mana laptop, mesti dia akan minta lagu 1 Malaysia di You Tube. Di dalam telefon bimbit papanya lagilah, ada sampai 15 video lagu 1 Malaysia pelbagai versi. Apa sahaja yang dia buat, mesti akhirnya dia nak tengok video 1 Malaysia ni. Semalam semasa saya buat pemeriksaan diri di hospital, mujur juga ada video-video ni. Walaupun ada tempat untuk kanak-kanak bermain, namun Naim asyik ulang-alik untuk tengok video ni. Walaupun di tempat orang ramai, tak segan dia nak nyanyikan lagu ni. Sempatlah dia bertahan selama e

Mencuba nasi beriani gam Putrajaya

Image
Awal pagi tadi saya menghadiri suatu kursus di Kelana Jaya. Mulanya terasa jauh nak pergi ke tempat tu, tapi disebabkan kejadian semalam, suami dengan sukarela menghantarkan saya ke tempat kursus. Ape lagi, berbunga-bunga hati, sebab ada orang hantar dan jemput hari ini. Bukan selalu ada peluang macam ni. Jadi, sebagai balasan, malam ni saya belanja makan.. Suami pilih nak makan nasi beriani. Selalunya tempat pilihan kami untuk makan nasi beriani ialah JM Bariani House. Hari ni entah macam mana kami buat keputusan untuk merasa nasi beriani Gam Putrajaya. Asyik lalu je jalan SKVE tu, tengok aje label kedai makan tu. Jadi, kali ni nak lah pulak cuba macam mana rasanya nasi beriani kat sini. Beriani gam kambing kampung pilihan Papa Naim RM 27 Beriani gam ayam merah pilihan saya Rm 12 Sesampai kat situ tadi, keliru juga kami. Jalannya gelap dan sebelum sampai ke kedai ni terdapat banyak kereta rosak tersadai kat tepi jalan masuk. Masa tu juga tak ada pelanggan yang lain. Terus

Mari beramal dengan doa Nabi Yunus

Image
Hari ni saya terbangun awal. Seawal jam 5 pagi, mata ni dah tak boleh nak pejam lagi. Minda terus terfikir apa yang Allah nak tunjukkan daripada insiden semalam. Apa lah salah saya? Ataupun apa peringatan yang Allah nak berikan. Setengah jam berfikir di dalam bilik, saya bangun dan mula melakukan aktiviti kemas rumah. Rasanya dah cukup kerisauan dari semalam. Biarlah Allah yang Maha Tahu menentukan. Saya terimalah apa yang telah terjadi dan apa jua yang bakal terjadi. Hati juga terlintas kepada amalan doa Nabi Yunus. Banyak fadhilatnya, memang tahu. Tapi, jarang nak amalkan. Betapa saya ni insan yang pelupa. Semakin dewasa, semakin banyak amalan yang diabaikan, betapa alpanya.. Semalam juga saya dapat tahu yang doa ni juga kalau diamalkan sepanjang kehamilan akan memudahkan proses kelahiran... InsyaAllah, bermula hari ini, saya akan amalkan lebih kerap. Bukan sekadar bila ada masalah je..Semoga Allah permudahkan segala urusan dan menghindarkan daripada sebarang masalah.

Hujan dan sikap manusia tak sabar

Petang tadi kawasan USJ memang hujan agak lebat. Pukul 7 malam pun dah kelihatan gelap macam 9 malam. Lagi-lagi melalui kawasan di sekitar Sekolah Wawasan, yang dalam keadaan tak seperti biasa kerana pembinaan LRT. Dalam kesesakan macam ni, ramai pengguna jalan raya yang tak mementingkan keselamatan diri, malah bersikap tak sabar. Macamlah diorang je yang nak balik rumah, macam lah juga orang lain yang mengikut peraturan dan giliran ni tak ada rumah yang nak kena balik. Korang bolehlah bayangkan berapa ramai yang sesuka memotong giliran selagi ada peluang. Berapa ramai yang memecut laju walaupun lampu isyarat kuning dah berkelip-kelip memberikan isyarat akan berlalu. Tu tak kira lagi dengan penunggang motosikal yang sesuka hati mencelah di celah-celah kereta. Bukan perlahan diorang ni...Main pecut je, tak kira hujan ke tak. Mungkin nasib malang bagi saya senja tadi. Kereta saya yang telah berhenti kerana lampu isyarat merah telah dilanggar oleh sebuah motosikal dari belakang. Tapi,

Bila Khairul Fahmi jadi pengawal sekuriti Nepal

Image
Dua hari lepas terdengar pasal lakonan Apek ni, hari ni baru berkesempatan nak menontonnya. Bila menonton bersama-sama dengan suami dan Naim, memang gamat suasana jadinya. Bila papa gelak, Naim pun tumpang gelak, entah dia faham ke tidak. Boleh tahan juga lakonan Apek. Taklah kaku sangat dan boleh tahan sebagai orang yang bukan dalam bidang lakonan. Dalam filem pendek ni, tengok sedikit sebanyak gaya Apek macam Stephen Chow pulak...Tambah lagi, citer ni kelakar juga. Tengok yang part 1 tak berapa faham, cuma tahu gelak je bila tengok bahagian yang kelakar. Dah tengok part 2 baru faham. Apa pun bagi saya, satu siri komersial yang bagus dan satu ciri iklan baru.. Bagi yang nak lihat sendiri lakonan Apek sebagai pengawal sekuriti ni  boleh layari youtube, cari je tajuk ' Semua Boleh Bolt'.

Sesi mengemaskan beg

Dah masuk minggu ke 36, sekali lagi saya kemaskan beg untuk persediaan bersalin. Mana lah kita dapat jangka bila bayi ni nak keluar jumpa mama dia ni.. Walaupun sebelum ni dah kemas, tapi terasa tak puas hati, malam ni selongar semula beg tu. Kemas lagi nak pastikan semua barang dah lengkap. Takut suami nati tak tahu cari kalau ada barang yang tertinggal. Apa pun harapnya semua akan selamat dan tiada masalah.. Kawan-kawan pembaca pun tolong doakan saya ye...

Kadang-kadang kita perlu BUAT MARAH

Siapa yang suka kena marah kan? Sebenarnya saya pun tak suka kena marah dan jarang pilih untuk marah orang lain. Selalunya bila saya marah, takkan ada suara yang keluar dari mulut saya. Malah, saya jenis orang yang akan berdiam kelu bila saya marah. Kata suami, itu lagi ngeri. Dia lebih rela saya menyalurkan marah saya dengan kata-kata. Tapi, itu sudah tabiat, payah nak tukar. Tapi lain situasinya bila berhadapan dengan anak-anak yang ramai di sekolah tu. Sejak kelas dah bertambah ahli, daripada 31 jadi 39, yang asalnya 33 orang dah jadi 43, korang bayangkan lah macam mana situasinya. Ada 4-5 orang budak kecil yang membuat bising dalam rumah pun terasa bingit telinga, apa lagi 43 orang? Jadi, nak tak nak terpaksa saya kuatkan volume suara dan kena buat-buat marah dengan murid-murid. Saya sebenarnya ingat diorang tak takut saya sebab saya tak biasa marah, tapi rupanya berkesan.. Kelas lebih diam, tapi sikit je.Tapi sekurang-kurangnya dapat semua anak-anak ni diam semasa saya menyampai

Beras Siam pilihan kami

Sejak hampir dua tahun tinggal di Selangor ni, kebanyakan stok beras di rumah saya ialah beras yang dibeli semasa balik kampung.. Beras Siam...Cuma sekali-sekala je, kalau dah habis stok dan tak ada balik kampung Kelate, baru lah beli beras di pasar raya sini. Mungkin sebab dah selalu makan beras Siam, bila makan beras dibeli di sini, terasa kurang sedap.. Citarasa kami kot, suka beras ni...Beras Siam yang kami selalu beli ni tak keras atau lembik, sedang-sedang je, senang nak masak. Buat nasi goreng pun sedap. Lagipun beras ni tahan. Kadang-kadang bila sibuk, satu hari setengah baru nak cuci periuk, dilihat nasi masih lagi elok, belum basi. Sekarang ni, mak mertua pun ada kalanya mengirimkan beras bila saya balik ke Kelate...  dia pun dah mula ikut makan beras Siam. Tak kisah la ye, makan beras ape pun, yang penting sediakan apa yang keluarga kita suka, kan? Dulu, semasa masih bujang, akak saya yang tinggal di Keramat selalu keluarkan ayat macam tu. Sekarang baru faham apa maks

Taucu untuk sahur

Image
Hari ni atas permintaan suami, saya bangun awal. Memang awal betul, kul 2.45 pagi terjaga terus bangun, takut nanti dah tak tersedar. Terus je masakkan lauk untuk sahur. Bukan saya yang nak berpuasa, tapi suami yang nak puasa sunat hari ini. Mengada-ngada tul, kan? setakat puasa sunat je, tak payah lah suruh mak buyung ni masak....makan roti dan air pun ok ape? hehe, tapi tak apelah, masak ajelah taucu yang diminta tu, bukan susah pun.. Lagipun saya boleh juga tumpang makan sama pagi nanti.. Walaupun nampak biasa jer, ikhlas masak ni tau....hehe.. Memang masak yang mudah je. Lauk ikan taucu ni, sayur dan nasi putih..siap.  Dah kira banyak ni, kan? Pesanan penaja rancangan : abang, kalau isteri abang ni nati terbersalin awal, bulan Ramadan nanti pandai-pandailah survive ye.... masak sendiri ke, tapau siap-siap ke...

Belum apa-apa dah tempah 3 jenis kuih

Puasa pun belum lagi mula, tapi semalam saya dah tempah 3 jenis biskit raya. Ni pun tempah yang tak nampak sendiri macam mana biskut tu. Angkara Kakak Besar(anak sulung Kak Long) lah ni. Dia bagi sms tanya nak tempah biskut raya dengan kawan ofis dia tak. Dengan jaminan sedap, saya pun segera tempah tiga balang.. Kata Kakak lagi, akak saya di Keramat juga beli dengan kawan ofis Kakak Besar ni, 2 jenis... Ni belum lagi tengok pelbagai produk kuih di sekolah. Selalu memang beratus-ratus jenis biskut akan dijual oleh rakan guru bila tiba je bulan puasa. Cikgu-cikgu ni jangan tak tahu, memang pandai berniaga. Kalau tak manakan Hari Karnival sekolah kami tahun ni dapat RM 100,000. Ni berkat kerajinan semua guru la. Saya je jenis malas nak berniaga, tahu beli je produk orang. Tapi sekarang sebagai isteri kena beli biskut lebih sikit. Untuk rumah sendiri, bawa balik ke rumah mak lagi dan juga untuk rumah mak mertua juga.. tunggu tengok yang kawan-kawan di sekolah nak jual lak, tambah lagi

Fadhilat nisfu syaaban

Beberapa hari yang lalu, saya mendapat panggilan dari kampung. Setiap tahun ayah selalu mengingatkan saya tarikh-tarikh tertentu. Kadang-kadang terasa macam masih bujang lak. Ayah kali ni mengingatkan tentang malam nisfu syaaban, iaitu jatuh pada malam hari ni, 4 hb Julai yang bersamaan 14 syaaban. Kata ayah, malam Khamis ni jangan lupa ke masjid ye.. Tapi nampaknya kali ni, wakilkan suami je lah. Saya terpaksalah duduk di rumah menjaga Naim. Selalunya kami adik beradik diingatkan supaya banyak berdoa pada malam ni. Kata ayah, apa sahaja doa kita pada malam ni akan InsyaAllah dimakbulkan Allah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau tel

Dari mana datangnya tenaga itu?

Semalam saya melalui hari yang paling memenatkan rasanya... Sepanjang 8 bulan mengandung ni saya tak pernah lagi ambil MC, agak bangga jugalah. Walaupun penat atau terasa tak larat saya akan gagahkan diri untuk bertahan di sekolah. Tapi semalam, sejak waktu rehat (3.30 petang), saya memang terasa nak merangkak semata-mata jalan ke kelas. Terlalu letih rasanya. Memang terasa nak baring je. Malah semasa berjalan ke kelas, saya terasa seperti langkah kaki ini hampir tak bergerak, murid-murid yang berlalu macam terlalu laju, saya je yang macam ditinggalkan dalam suasana sesak tu...macam tersekat di mesin masa lak, hehe, lebih-lebih lak gambarkan suasana ni...Tapi, alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya bertahan hingga pukul 6.50 petang dan balik ke rumah dengan selamatnya. Tapi tentulah balik tu dengan perasaan tak larat, yang benar-benar tak larat. Sebelum balik, saya dah menghantarkan SMS kepada suami, bagi tahu keadaan super tak larat tu. Siap tambah ayat " ayang tak larat betul

cermin pilihan anda

Pernah tak korang ada masalah dengan cermin? Sebabnya ada cermin yang buat korang nampak lebih besar? Ada lagi satu jenis cermin, iaitu jenis kacanya yang buat korang nampak lebih kurus. Lagi satu lak, cermin jujur, yang kacanya akan reflek imej yang betul je. Masa belajar dulu, satu cermin di tangga bawah hostel sering jadi perhatian saya dan kawan-kawan, sebab imejnya akan kelihatan lebih kurus.. Untuk sekadar menatap diri, cuma sekadar suka-suka sahaja, cermin ni memang terasa bagus. Tapi dalam kehidupan, korang dan peringatan juga untuk diri saya sendiri, janganlah kita cari sahabat yang seperti cermin kurus atau cermin gemuk. Sebaliknya carilah sahabat yang seperti cermin jujur. Dan seperti kata orang, kalau itu harapan kita, kita juga perlu berkelakuan macam itu, jadi cermin jujur.

MasterChef Celebrity: Tomok dan Angka 7

Image
Korang tengok tak episod malam ni? Akhirnya yang tak selamat dalam fasa penyingkiran ke 10 ialah Tomok. Selepas masuk penyingkiran sebanyak 7 kali dan dia juga antara 7 selebriti terbaik daripada 16 yang menyertai program ni... Ai, macam Tomok ni tak sesuai dengan angka 7 ni.. hehe, kebetulan je kan?  Masa mula-mula bermulanya MasterChef ni dulu, saya pernah komen yang "pandai ke Si Tomok ni masak". Tapi minggu demi minggu tengok prestasi dia boleh tahan juga. Jadi bila dia terkeluar tadi, rasa sedih la juga.

Menu petang@Alamanda: Popiah

Image
Ni citer semalam. Setelah beberapa hari suami janjikan bawa ke Alamanda untuk si isterinya ni makan popiah, akhirnya semalam jadi lah  ke sana. Memang pergi semata-mata nak makan popiah crispy dan waffle je...Jadi terus tuju ke Rasa Foodcourt je...Minum petang katakan.. Bila dah sampai sana, tambah lagi satu menu lain. Selain crispy popiah yang sedap tu , saya makan sehingga licin tu, waffle suami yang  makan, ais krim kat atas waffle tu naim yang habiskan , tambah satu mangkuk laksa penang yang kami kongsi sama-sama.. Sedap sangat agaknya semua ni, ape taknya licin....abis.. buruk perangai tunjuk pinggan kosong yek!1 Sebelum balik, saya beli air mango Coolblog.. Tau tak ni kali pertama saya minum air ni...Nak order pun kena mitak tolong dengan adik yang jual tu...Jangan gelak tau. Bukan ape, sebelum ni, tak pernah teringin nak beli walaupun selalu jumpa stall Coolblog ni.. Sedap rupanya, air amngo ditambah dengan topping jelly.. Ni pun licin diminum tiga beranak. Naim yan