Lega sampai ke hari ini

Akhirnya berjaya juga saya mengharungi detik-detik kehamilan kedua ni sehingga ke hari ini. Memanglah sejak dua minggu ni, situasi penat dan tak larat memang terasa sangat. Banyak kali saya mengharapkan akan bersalin awal dari tarikh, lebih-lebih lagi di saat terasa tak larat.

Namun bila difikirkan, sehingga semalam, saya dah selesaikan banyak kerja di sekolah. Saya memikirkan perlu sangat serah tugas yang lengkap supaya cikgu pengganti tak terbeban dengan kerja-kerja yang ditinggalkan. Cuma yang masih lagi belum betul-betul lengkap ialah fail-fail PBS yang menimbun dengan evidens yang tak disusun sepenuhnya lagi. Dengan Zilla di meja sebelah juga saya dah berpesan macam-macam amanat dan rahsia.. Hehe, bukan rahsia apa, rahsia tentang kerja-kerja saya yang bakal ditinggalkan nati.

Bab makan pula, rasanya saya dah makan banyak, jadi tak ada lagi teringin kalau bersalin selepas hari ini. Masa bersahur tadi, saya dah habiskan buah longan yang dibeli dua hari lepas. Kalau ikut pengalaman lalu, semasa menyusukan Naim, saya memang kena pantang makanan yang sejuk, termasuk buah longan. Pernah semasa Naim tiga bulan lebih, saya makan kek yang ada buah longan, terus saya jatuh  demam teruk juga.

Lagi satu, memandangkan saya pilih untuk bersalin di sini dan balik berpantang di kampung menjelang raya ni, kelahiran bayi ni selepas hari ni dah memang sesuai. Kalau bersalin sebelum semalam, keadaannya agak mencabar sedikitlah. Bukan ape, masalahnya siapa yang akan menemankan saya nanti. Selepas hari ini, keadaan dah stabil dan teratur. Paling tak pun, suami akan dapat cuti seminggu untuk minggu depan. Kemudian untuk minggu seterusnya sehingga nak balik ke kampung, saya akan ditemani oleh anak saudara( anak sulung Kak Long) yang kebetulannya akan mula berhenti kerja akhir minggu hadapan kerana akan sambung belajar di Beijing pada September nanti.

Alhamdulillah, bila difikirkan Allah ni Maha Mengetahui dan Pengasih kepada hamba-Nya. Semoga semuanya akan selamat dan berjalan lancar..

Comments

  1. insyaAllah moga segala urusan akan dipermudahkan.
    seronok nak dapat baby kan..

    ReplyDelete
  2. tahniah daripada Kancil...semoga dipermudahkan urusan kamu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Nape lak fara? Nk join ke? Haha, cepat2 usaha k.

      Delete
  4. semoga semuanya selamat...

    betoi tu, DIA lbh tahu apa yg terbaik utk kita :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?