Perlu kah penggendong bayi?


pelbagai pilihan baby carrier


Kami ni nak kena beli baby carrier atau penggendong bayi tak ? Dah masuk anak kedua baru fikir benda ni. Bukan apa sebenarnya. Masa Naim bayi dulu, dia kecil dan badannya naik pun sikit-sikit je. Lagipun dia sorang je, tak adalah terasa kalut sangat nak menggendong dia bila keluar. Sekarang ni, dengan Nazif yang badannya agak semangat, ditambah pula dengan Naim yang perlu juga diberi perhatian penuh, rasanya penggendong bayi ini salah satu alatan yang kami kena ada untuk memudahkan kami apabila berada di luar rumah. Kalau tak rasanya kelam kabut juga kami berdua menjaga kedua-dua hero ni apabila keluar.

Kereta tolak Naim dulu memang ada lagi. Tapi benda tu dah la berat nak diangkut ke mana-mana. Kot dibuatnya Nazif ni pun macam abangnya yang tak suka duduk di dalam tu, kami juga yang susah nati. Bila berjalan-jalan nati tentu seorang kena pegang Naim, seorang kena pegang Nazif, jadi kalau Nazif tak nak lepak dalam stroller tu, siapa lak yang nak tolak benda tu.. Dah la, sekarang pun Nazif memang marah kalau dipegang baring, dia lebih suka dipegang dalam kedudukan berdiri. Ini siang-siang macam dah tunjuk tak suka lepak dalam stroller.

Nazif tunggu ye...Nati mama usahakan benda ni, jangan lak Nazif meragam lagi ye.. Senang kita keluar jalan-jalan nanti..





Comments

  1. akak mmg guna baby carier nih bila anak dah dua,sbb bila dah dua ni susah nak gilir2 pgg,jadi pegang la sorg satu..skrg dah besar sikit baru beli stroller lak,nasib baik si kecik ni nak duduk dlm stroller tu

    ReplyDelete
  2. untuk keselesaan kita,...jika selesa ndak salah membelinya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?