Kerana Cikgu Rok

Cikgu Rok yang saya nak cerita hari ni ialah guru kaunseling di sekolah yang saya mula bertugas. Sebagai guru baru, saya dan rakan-rakan banyak diberi tunjuk ajar dan bantuan orang guru-guru senior termasuklah Cikgu Rok ni. Korang ingat Cikgu Rok yang namanya muncul dalam blog saya ni macam mana? amik masa teka perwatakan dia dulu sebelum korang sambung baca...

Tak nak teka pun tak pe. Memang saya nak ceritakan ni. Sebagai guru baru yang yang mengenali Cikgu Rok ni saya beranggapan dia ni seorang yang garang, tak friendly, payah nak didekati dan rasanya pada waktu tu saya agak segan kalau nak saja  saja tegur dia, tak macam tegur rakan guru yang lain.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Cikgu Rok ni beriya iya ajak saya ke rumahnya untuk diperkenalkan dengan anak buahnya. Kali pertama, berjaya saya tolak pelawaan tersebut. Esh, macam saya ni tak laku pulak, nak kena orang perkenalkan bakal suami, kan? Tapi tak lama lepas tu, Cikgu Rok ni ajak lagi. Adui, pecah kepala fikir alasan nak tolak jemputan tersebut. Nak ditambah pula dengan rakan serumah saya yang kebetulannya pula pakat dengan Cikgu Rok ni supaya saya terima jemputan untuk diperkenalkan dengan anak buahnnya tu. Jadi, kali kedua tu terpaksalah juga terima.

Maka disebabkan kesudian itulah, sehingga kini Cikgu Rok tu jadi mak cik saya juga. Apa taknya, diakan Mak Su suami saya. Berjasa besar Cikgu Rok ni.. Maka disebabkan alasan tu jugalah kami bergegas ke Melaka tengah hari semalam bila dapat tahu Mak Su dah dapat cucu pertamanya. mujur jalan tak sesak menjelang perjalanan balik kami semalam tu, risau juga sebenarnya...

Bayi bernama Fayyad ni comel kan?



Semoga bayi comel ni cepat besar dan sihat selalu. Ibunya yang geram tengok Nazif bertanya saya bagi Nazif makan apa?





untuk pengetahuan korang, bila saya dah kenal Cikgu Rok ni sebagai Mak Su, rupanya sangkaan saya sebenarnya salah. Dia memang tegas, tapi hatinya baik.. mudah didekati sebenarnya.

Comments

  1. alaaaa ingat ada gambar Cikgu Rok.. nama dia Cikgu Rokiah ker? Mesti u sopan santun siap cikgu Rok beriya nak jadikan "menantu"... tpat pilihan dia.
    Baby tu comel, macam dah besar la. Hensem.
    Teleng kepala saya tengok gambar Nazif hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, pandai nas, mmg nama nya Rokiah.... agaknya sopan lah kot, hihi...kebetulan nak jodoh, kan?

      teknik ambik gamba kot yang buat baby ni nampak mcm besar, padahal kecil sangat budaknya...

      yang gamba nazif tu sorrylah ye....

      Delete
    2. next time kalau diberi keizinan saya masukkan gamba cikgu rok ye..

      Delete
  2. kira match maker la kan Cikgu Rok ni... Dah jodoh nak jadi anak sedara cikgu Rok, tapi mula-mula memang kena jual mahal dulu, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg buksn niat nk jual mahal.. Tak percaya jodoh melalui orang tengah sbnarnya.. Huhu, kononnya... Tak sangka jadi..

      Delete
  3. Berjasa btl cikgu rok ;)... Walaupun dah setahun.. Memang masih terkenang.. Jahitan operation arwah pun masih terasa lagi...

    ReplyDelete
  4. Alahai terus terkaunseling yeh AN...memang berbaloi baloi....dpt suami, dpt says at dan dpt mok Su sekali..haha

    ReplyDelete
  5. nak tgk gambar maksu aka cikgu rok ain boleh? ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tgu ye, kalau saya diizinkan saya sharekan ye

      Delete
  6. Eehemmterus menjadi smpai anak dah dua hehehe

    ReplyDelete
  7. itulah jodoh namanya kan..

    comel baby fayyad.

    ReplyDelete
  8. Wahhhh... kena match la ni =)
    Jodoh...

    Dulu saya suka berulang ke pej guru kaunseling. Masa dok hostel. Kurang2 bila interaksi dgn guru ni, rasa mcm dekat ngan mak ayah. Nk rapat ngan warden, warden mcm muda sgt. Hihihi...

    ReplyDelete
  9. gitew kesahnya. alhamdulillah jodoh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?