Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan10km/j

KUALA LUMPUR - Pengurangan had laju 10 kilometer sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula esok hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sepanjang tempoh itu, kelajuan di jalan persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju di jalan negeri ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini.
"Pengurangan had laju ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna semasa pulang ke kampung dan kami berharap pengguna dapat mematuhi had laju yang ditetapkan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.







p/s: Balik raya nak gembira, kan? Jadi sama-sama kita kurangkan laju semasa memandu untuk elakkan kemalangan di jalan raya di musim raya ni.. Isteri isteri jangan tidur sangat ye, sentiasa temankan suami semasa dalam perjalanan. juga, ingatkan suami supaya sentiasa memandu dengan berhemah tau...Semoga kita menyambut lebaran kali ini dengan dengan tanpa kehilangan ahli keluarga tersayang...

Comments

  1. Harap2 tiadalah kemalangan sepanjang aidilfitri, aamiin..

    ReplyDelete
  2. rata - rata had laju di Sabah 70 hingga 90 kmsj...kalau kemalangan pun sebab langgar had laju...harap - harap tiada yang jahat akal...pentingkan diri sendiri

    ReplyDelete
  3. ahhaha agak2 kann nanti turun sampai org semua kena berhenti dan tolak aje kereta tuu kekeke

    bila dah kurang macam nie , kenalah rancang perjalanan molek2 .. kena kuar awal2 lagi ;)

    ReplyDelete
  4. rancang perjalanan
    mg semuanya selamat sampai

    ReplyDelete
  5. kalau balik raya nanti tak boleh nak laju manapun.. jalan jem ooooo.... jalanler tersengguk2.. paling benggang orang potong barisan.. buatler undang2 kete potong barisan dendanyer kaw-kaw punya...

    ReplyDelete
  6. oo patutla baru ni blik kg perasan had laju dr 90 jd 80 :)

    ReplyDelete
  7. biar lambat asal selamat, semoga kita semua selamat blk kg beraya dan selamat kembali semula utk bekerja

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?