Puding Tetamu Tak Jadi

Pelik nama tajuk ni. Kelakar pun juga,kan? Ni kisahnya berikutan rancangan apa nak dihidangkan untuk keluarga akak-akak saya dari Keramat yang nak datang beraya. Dah fikir-fikir aritu, saya bercadang nak buat puding triffle.

Tak pernah saya cuba buat pun sebelum ni. Saja terlintas di fikiran saya nak buat. Dalam hati saya waktu tu, nak sediakan makanan yang tak pernah saya makan di rumah akak saya. Kak Ja saya ni memang pandai masak. Walaupun dia dah pesan, " tak payahla masak susah susah dik, sian ko ada anak kecik tu" , saya rasa tak patutla hidangkan sirap dan ayam goreng je kan? Dahla kedatangan kali terakhir diorang pun setahun yang lalu, masa umur Nazif 4-5 hari.

Tetapi, tak pulak jadinya. Tetiba diorang ada hal, tak jadi datang minggu ni pulak. Bahan bahan nak buat puding triffle ni dah ada, jadi saya teruskan ajalah buat puding ni. Semalam, hampir pukul 12, saya masuk dapur dan sediakan puding ni.


Dah rasmikan pun tadi. Nazif nampaknya seronok makan. Kali pertama buat, ada kekurangan nampaknya. Bahagian kastad ni agak tawar. Kononnya saya tak nak manis, semalam letak gula sesudu kecil je. Lain kali kena tambahkan lagi, baru sesuai sikit.

Apa-apa pun puding tetamu tak jadi ni nampaknya kami makan sendirilah. Buat akak-akak ku sayang yang mungkin membaca entry ni, sedap juga puding i buat ni. Rugi u all tak jadi datang. Terutama buat akak Bi tu yang sentiasa nak kurus tu, sesuai sangat puding ni.... Sedap, sejuk dan tak manis sangat......

Comments

  1. tak pernah jadi buat puding ni...makan je yg jadi ;p

    ReplyDelete
  2. ingatkan puding tu tak jadi..hihi..okla tu

    ReplyDelete
  3. puding ni mmg sedap.. tambah2 lagi mkn sejuk2 :-)

    ReplyDelete
  4. Puding ni selalu sy msk guna je air buah koktail mmg tak letak gula

    ReplyDelete
  5. dulu kakak housemate saya selalu buat puding trifle ni... nampak dia buat senang jer, tapi bial buat sendiri rasa macam tak berapa menjadi jugak.... first trial dah dpt mcm tu, kira ok sgt dah :)
    Hahahha, mesti kakak2 AN telan air liur baca entry ni :)

    ReplyDelete
  6. Kalau kakak buat puding custard memang tak letak guna Aisy. Apa lagi kalau triffle kan kek lapisan bawah dah manis dan lapisan atas pun manis so custard tak payah manis. Makan sejuk-sejuk sedaaaap!

    ReplyDelete
  7. sedapnya puding..
    terliur plak.. hehe.

    ReplyDelete
  8. sedap nya ..pandai ain buat puding n

    ReplyDelete
  9. Susah x buatnya? Saya x pernah cuba.share resepi blh?

    ReplyDelete
  10. Laaa.... penat buat tak jadi datang pulak mereka yeh...kalau OKje harus berhari2 tak habis tu...yelah buat banyakkan tapi tetamu pulak tak jadi datang! hehe

    ReplyDelete
  11. Puding menjadi, tetamu yang tak jadi. hahahaha at least a kick start for u untuk cuba buat puding ni kan, nnt boleh buat lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  12. puding. nik suka sgt puding. best.lagi2 mkn bila sejuk
    rugi la tetamu yg tak jadi dtg tu..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?