Solat dengan anak kecil

Dah lama saya terfikir nak buat entry ni, memandangkan di bulan puasa hari tu banyak kali saya tengok suami saya solat asar lewat petang. Semuanya kerana menunggu saya balik dari sekolah, yang ada masanya kalau jalan sesak, saya sampai ke rumah pada pukul 6.20 petang. Alasan Papa N adalah kerana khuatir anak-anak mengalami apa-apa jika dibiarkan sendirian semasa dia solat.

Masalah ni juga berlaku pada saya. Tahu sahajalah, cikgu banyak cuti, suami pula tak macam saya. Bukannya pula saya ada pembantu rumah. Walaupun taska anak-anak dibayar penuh namun untuk menghantar anak ke taska sedangkan saya sedang bercuti, bukanlah pilihan saya. Tak sedap hati rasanya kalau macam tu.

Anak-anak saya pula memang jenis yang aktif. Sama dengan mamanya ni. Mungkin bagi korang yang tak berada di situasi ni perkara ni taklah merisaukan korang. Namun saya percaya ada juga sebilangan ibu bapa yang mungkin ada masalah yang sama. Jadi, mungkin sedikit sebanyak entry ni akan membantu.

Tengok sahajalah apa yang diorang ni main. Periuk, kuali, bantal, kain baju dan apa sahaja pun kalau kena gayanya boleh diorang main. Waktu solat pula bukan selalunya boleh tunggu. Pernah saya bertangguh sehingga terlepas masanya.

Masa makan pun mainan tak lekang di tangan, sudip kuali atuk.

Nazif pun tumpang sekaki.

Antara kes biasa, rebut barang mainan. Di rumah atuk pun diorang bukan kira, rebut tetap...

Sedikit panduan daripada saya yang saya rasa In shaa Allah dengan niat yang baik akan berkesan. Saya mula buat ni awal tahun ni. Selepas  beberapa kali terqhada solat wajib, saya mula latih kedua-dua hero saya ni supaya boleh main baik baik ketika saya solat. Dalam fikiran saya, tak boleh lagi saya nak tunggu masa anak tidur baru solat zuhur, asar atau isyak. Kalau anak tidur, ada masanya saya juga lena sama. Ada masanya diorang memang tak nak langsung tidur siang. Jadi, takkan pula setiap kali cuti, saya nak solat ikut masa lapang saya...tak boleh kan macam tu.

Mulanya, saya kuncikan bilik. Saya bagitahu Naim dengan elok-elok, "Naim, mama nak sembahyang ni, Naim main dengan adik elok-elok tau. Jangan kacau mama k". Sekali dua pernah dia kacau, kenalah bertindak, berhenti solat dan marah dia, lepas tu dah tak lagi Naim kacau, alhamdulillah solat saya tak diganggu Naim. Malah kalau Nazif berlingkar -lingkar di sekeliling saya yang menjejaskan solat, Naim akan tolong ambil adiknya dan letakkan kat tempat jauh sikit. Ada masanya dia pula yang leterkan adiknya, " adik, jangan kacau mama sembahyang ni". Alhamdulillah, syukur dan lega saya rasa bila anak seusia tiga tahun ni dah faham apa yang mamanya sedang lakukan.

Selain tu, pastikan dalam bilik tak ada benda yang bahaya. Jadi, masa saya bersolat tu, walaupun kedua-dua hero ni main sendiri tanpa pengawasan, diorang taklah terdedah kepada bahaya. Kami tak pasang katil, bilik air pula pastikan tertutup dan saya pesan supaya Naim jangan keluar dari bilik. Bawa siap-siap mainan diorang atau hp atau ipad. Selain itu, sekiranya semasa solat tu ada hal yang berlaku, saya berhenti dulu dan selesaikan masalah anak-anak ni barulah solat semula. Dah lama sikit, Naim juga dah mula tahu untuk tiru saya solat. Yang ni saya ceritakan kemudian ye..

Bukan maknanya saya warak bila saya buat macam ni. Selagi ada kesedaran saya cuba buat yang terbaik untuk mendidik anak anak saya. Di persekitaran sekolah saya sedih melihat anak anak yang tak tahu dan tak nak solat. Bila diselidik, ada yang mengaku mak ayah juga tak solat! Bagi saya, mengejutkan dan sedih. Macam mana nak kurangkan kes jenayah dan sosial kalau pegangan agama makin longgar?  Entry ni juga hasil pesanan mak saya yang mengatakan anak, kerja dan apa saja yang kita ada ni ujian daripada Allah untuk kita. Kalau kita alpa dalam menempuh ujian ini, sekelip mata sahaja nikmat ni Allah boleh tarik daripada kita.

Sekian, panjang benar pulak entry saya kali ni...semoga ada yang beri kesan sedikit sebanyak.


Comments

  1. mmg diakui ada anak ssh sikit nak kusyuk solat...tapi kita cubalah yg terbaik

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan Aisy..
    perkongsian yg baik. terima kasih.

    Ira pn mengalami masalah yg sama. masa aimy x pandai apa2 lg, boleh letak kat sblh. tp bila dia da pandai merayap-rayap, x khusyuk juga nk solat. penah ira solat sambil dukung aimy, tp x semudah yg disangka. ada skali tu, dia meraung-raung, masuk dlm telekung, mujur da nk siap solat.

    hehe..pnjg plak komen ira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bc entry ni..

      bagus bagi komen panjang panjang, saya suka..itulah kan, dengan ada anak kecil ni banyak cabarannya kan?

      Delete
  3. assalam AN..zaman anak2 acik kecik dulu pun macam tu..semua yang ada dirak pinggan jadi mainan dia..
    anak sulong dan kedua kecik je..acik kena buat macam tu waktu solat..masa adiknya yang bongsu..abang2 ni dah besar untuk jagakan adik.
    pernah juga masa solat tak boleh nak kyusuk betul sebab..anak2 dok panggil2.lepas tu bila tak jawab..boleh pulak dia cakap..mak ni sombong la.adik panggil pun tak nak jawab he he..kenangan tu AN..cabaran untuk kita menunaikan kewajipan sewaktu anak2 kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kelakar tu acik..macam mana respons acik masa tu, kalau saya agaknya dah tergelak masa dengar anak cakap mamanya sombong ni..

      Lega bila anak dah besar kan?

      Delete
  4. Selamat Hari Raya AN!!!...
    Memang An...tak tenteram dibuatnya kalau tinggalkan anak2 yang baye tu time kita solat.... Ada aje idea diaorang nak buatkan...hehe kalau tak bahaya tak pe

    ReplyDelete
  5. ekkeke aah semua ada .. periuk belangga ekkeke

    adat dah dik .. setiap anak x akan sama .. anak adik x sama dgn anak2 org lain , anak2 akk lak x jumpa periuk belangga nie .. tapi mainan mudah jahanam .. tu kena beli murah2 ajee ..

    yelah .. kita lakukan yg terbaik buat anak2 kita kan dik

    selamat hari raya dik ! masih dlm mood syawal nie ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?