Naim yang makin petah

Bila berkumpul ramai-ramai di Melaka ni suasananya memang cukup meriah. Tambahan pula dapat makan ramai ramai sambil menyambut hari jadi empat orang ahli keluarga kami tadi, memang kecoh..

Di saat semua orang berebut nak ambil ikan bakar, nasi goreng, spagetti dan lain-lain di atas meja, Naim menunjukkan kepetahannya berkata-kata. Tahu apa dia buat?

Naim angkat tangan macam gaya polis trafik tahan orang. Kemudian dia cakap ," Tunggu, awak makan kemudian!". Yang jadi mangsa tu, mak cik dia yang berusia 21 tahun. Haha... gelak besar Kak Yang tadi. Katanya, pandai Naim larang dia daripada ambil makanan.

Comments

  1. Salam Aidiladha AN.....
    seronok la tu Naim dapat jumpa dgn ramai orang :)

    ReplyDelete
  2. Pandai naim! Budak petah bercakap, budak bijak. Tak malu2 nk arahkan org. Bagus tu. Bukan jenis menyorok belakang punggung mak. Konfiden level tinggi =)

    ReplyDelete
  3. comey naim.. mesti bijak orgnyer ni..
    tgk pic naim pegang tlinga tu , tringat kat asya.. habit asya suatu ketika dulu.. pegang tlinga sambil gentel cam ni la... mujur dia dh tinggalkan habit tu skarang.. hehe

    salam aidiladha ..

    ReplyDelete
  4. Btl tu. Ank bila dah petah bercakap Bkn main lg ;)

    ReplyDelete
  5. Hheeee, comel :)

    Memang geram kan klau besar gini dengan keletah dia lagi, buat kita terhibur kan :D

    ReplyDelete
  6. salam aidil adha....amboi petah yer naim. Tengok tu selera minum air bandung.

    ReplyDelete
  7. tak lama lg pandai la tanya itu ini.. sedapnya air bandung

    ReplyDelete
  8. hahahaah bijak naim...lieya yg bace pun tegelak2 nie...ape ntah lagi makcik naim yg kene tu....mesti satu rumah tegelak besar kan heheehehehe....

    petah gak naim ni kan...tapi tu laa ayat budak2 ni tak dijangka....kalo dah kelaka tu mmg tak tercapai dek akal kite heheheeheh

    ReplyDelete
  9. Bijaknyaa brp dah umur naim? Syafiq masih pelat dah setahun dua bulan

    ReplyDelete
  10. Alahai petahnya Na'im .....Makcik makcik kat kampung mesti suka melayan....
    Makan kat Umbai tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak ke umbai okje... cuti sehari je aritu.. ke melaka semata mata nk raya

      Delete
  11. HAhahaha ada polis jaga tempat makan-makan ni, selamat la. Boleh rasuah tak polis kecik ni agak2 nyer. Rasuah ice cream ;)

    ReplyDelete
  12. comelnya naim.. pandai betul bercakap. :)

    ReplyDelete
  13. amboi..siap bagi arahan suh org lain mkn kemudian..haha
    so naim nak jd org first yg makan la yea..hihi..comel

    ReplyDelete
  14. hehe..petah sungguh naim..siap bg arahan tu..hehe

    ReplyDelete
  15. hehe...sdg bayangkan naim buat gaya polis trafik...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?