Bihun soto suka hati

Projek masak tengah hari ni.... bihun soto. Saya memang tak suka makan soto dengan nasi impit. Padahal suami memang suka makan soto dengan nasi impit, tapi saya buat bihun je. Haaa.. ikut suka hati chef yang masaklah kan?

Kali pertama masak soto dengan menggunakan rempah mak siti, alhamdulillah rasanya sesuai dan bila ditambah dengan kicap cili, begedil, suhun goreng, perahan limau kasturi, habis dimakan semangkuk.

Tak nak cerita pasal cara buat soto, korang pun tahu.. kalau tak tahu, korang beli je rempah soto Mak Siti, ikut je arahan di paket dia.. insya Allah menjadi. 

Pegedil ni yang saya nak cerita. Memang buat suka hati je. Saya tengok tak ada daging. Mulanya dah kecewa. Ingat nak keluar ke kedai runcit, tapi malas pula rasanya. Anak-anak bergantung di kaki pulak. Terus fikirkan cara alternatif. Cuba keluarkan ayam untuk buat pegedil. Rasanya bukan lama sangat pun ayam dimasukkan ke dalam peti sejuk, tapi macam dah beku masa saya keluarkan tu. Ini tak lain tak bukan, adalah orang yang memulas butang suhu peti sejuk. Korang pasti tahu siapa...tak syak lagi.

Jadi, nak ambil ayam pun jadi satu masalah tadi. Saya boleh ambil seketul je. Sambil tu saya tengok ada nugget ayam. Jadi saya goreng nugget ayam dan ayam yang seketul dapat diambil tu, kemudian tumbuk sekali dengan benda lain. Hasilnya macam kat atas, sedap juga rasanya. 

Bahan-bahan :
3 biji kentang 
3 ketul nugget ayam + ayam seketul 
segenggam bawang goreng
 bawang besar
serbuk lada 
garam
Daun bawang dihiris halus
Telur

Cara menyediakan :

1. Goreng kentang dan nugget/ayam.
2. Tumbuk bawang besar dan bawang goreng
3. Tumbuk kentang dan nugget.
4. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam satu bekas, gaulkan sekali dengan daun bawang, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
5. Setelah sebati, bentukkan jadi bulat...susun elok-elok..
5. Pukul telur dan salut begedil yang telah dibentukkan dengan telur sebelum menggorengnya.

Tadi, saya tayang gambar bihun soto ni di group whatapp, ada yang komen bihun sup ada begedil. Haa.. tak kisahla, dah selamat masuk ke perut dah.. alhamdulillah.. silakan mencuba..


Comments

  1. wow bestnya soto. sy pon suka soto br je mkn smlm kat kenduri cukur jambul sepupu kecil. suka mkn begedil tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. makan di kenduri mesti lagi sedap. Panggil yang pro masak tu..

      Delete
  2. sedapnya akak.. nina teringin nk buat tp takut xsedap. boleh try guna resepi ni :)

    ReplyDelete
  3. betul tu rempah mak siti mmg best.sy selalu gak guna rempah mak siti. hihi
    kreatip.. bak la mai semangkuk.. boleh?

    ReplyDelete
  4. sedap sedap...dh lama berangan nak buat soto...belom menjadi....nak kn buat gak ni..tgk resepi begedil leh try nnt..tq bg resepi ye

    bab pulas suhu peti sejuk... no komen...sampai air dalam botol pun beku... sayur pun beku... alahai... apa nak dikata kan..bebudak mmg hobinya buka ttp peti sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe juga, jadi resepi baru pulak bila ayam dah terlalu beku...o k juga kan

      Delete
  5. saya pu suka bihun soto..tambah2 begedil tu..begedil ke pegedil?suka hati lah dop

    ReplyDelete
  6. Terima kasih AN..acik tak pernah terfikir pun nak guna nugget.selalunya kalau x cukup bahan tak jadi buat

    ReplyDelete
  7. boleh try ni.. hehe..
    tq sudi share resepi..

    ReplyDelete
  8. simple pon..tp nmpk sedap sgt2.

    ReplyDelete
  9. Kite yang buat dia kan , selalu resepi yg kite main campak2 Mst sedap , bergedil tu 1st time tgk Ltk nuget , blh la Cuba nnt ;)

    ReplyDelete
  10. sedap nampaknya tu..akak suka begedil..ehhh kita masak ikut suka kita nak masak mcm mana kan...hehehe yg penting sedap

    ReplyDelete
  11. Sedapnya AN.... my faveret tu....kalau nasi impit lagi best...tapi bihun pun dah best banget ni ....3 biji kentang jer? mesti sikit je kan jadinya bergedil tu...Kalau OKje sure tak puas tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaha.. dapat 8 biji je ...oklah cukup2 saya dan papa n makan. Nazif ambil 1.. naim tak nak.. jimat tenaga, mujur tak buat banyak

      Delete
  12. Alah, AN kan dah kata tajuknya bihun soto suka hati. Makanya suka hati cheflah nak letak apa pun kat bihun sotonya, ya tak? Nampak macam marbeles gila bihun soto ni walaupun pada mulanya ada kekurangan katanya. Tak kiralah ya, janji habis licin mangkuk tu takda isi tinggal pun.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya...lama dh tak makan soto...teringin nk makan bakso juga..hihi

    ReplyDelete
  14. sgt sedap bergedil. wajib ada la bila makan bihun soto or soto ketupat tu :-)

    ReplyDelete
  15. adoi sedap ni..ada bergedil lg sedap..sy dh lama tak buat bergedil,rajin nti boleh buat la.ayam daging ada, kentang tak de stok...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?