Bersungguhnya

Naim ni bila dia suka sesuatu, dia memang akan bersungguh-sungguh usahakan sehingga berjaya dapatkan benda tersebut.

Kalau dia menangis meraung sebab nak beli sesuatu semasa di pasaraya tu kami dah masak sangat. Kalau dia dalam mood menulis, habis ditulisnya buku dan dinding. Kalau mood nak makan ais krim, sepanjang harilah ais krim jadi santapannya. 

Yang terbaru, Naim minat baca set buku Noddy. Macam kat atas tu, sampai tak boleh buat kerja lain mama dan papanya sejak empat hari ni. Asyik disuruh bacakan buku-buku ni saja. Lepas satu, yang lain pula disuruh baca.

"Abis, Naim cakap apa ni?"

Itu ayat yang disebut oleh Naim sehingga petang semalam, yang mengarahkan kami bacakan muka surat tersebut kepadanya. 
Hari ni dan malam semalam pula Naim mula pandai sebut, 
" Mama, lepas tu apa?"

Tak sabar dia nak tahu kesinambungan kisah Noddy ni. Tapi yang tak tahan tu, dia minta kami bacakan buku ini ikut muka surat yang menarik minat dia. Bukan baca dari depan ke belakang. Dia perhatikan gambar dan nak tahu apa kisahnya agaknya. Jadi, nak tak nak, mama dan papanya bacalah berulang-ulang kali sampaikan ada muka surat tertentu dah hafal apa kandungannya.

Kalau mama dan malas nak baca, saya suruh dia baca sendiri, pandai pula tu Naim buat ayat sedih.

" Ala, mama ni tak faham. Naim tak tahu baca"

Kelakar tul Naim ni. 



Nampaknya ada juga kegunaan set Noddy yang dah lama tersimpan dalam stor ni. Pernah saya tanya suami kenapa terpengaruh dengan jurujual sampai belikan benda ni. Bukannya Naim nak main atau baca pun masa dia umur 10 bulan tu. Tak sangka dah 4 tahun lebih umurnya, Naim nak pula memanfaatkan benda ni. Kalau lepas ni tahu baca sendiri kan bagus?
Empat hari ni, benda ni jelah jadi mainan diorang. Selerak rumah dengan buku-buku Noddy ni. Dah puas minta kami baca, dua beradik ni main dengan kotaknya pula. Layankan jelah. Gambar Nazif seksi lah pulak kali ni. 

Comments

  1. Btl aisy... Amni pun mtk baca kan buku utk dia , TP nk ikt ape dia suruh. Kalu terlepas dialog dia suruh ulang , ish2 , naim 4 thn ke ? Amni Bln 6 ni 4 thn ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebayalah diorang ni. Naim bulan lepas 4 tahun

      Delete
  2. beli buka memang berguna kan..siapa sangka benda yang dah lama simpan dalam stor boleh jadi kegemaran naim..buku tu ilmu,tggi nilainya..klu sy mmg layan je naim suruh baca..lainlah nangis nak mainan,tak ajar kami tunaikan semua permintaan anak..klu Aiman dr kecik buat perangai mmg kena lepuk la.hehe..

    suka pic last..nmpk dua beradik ni gembira betul..comel dan ikhlas ketawa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Saya pun suka gambar dua beradik tu. Sebab itulah tepek juga di blog walaupun Nazif pakai pampers je masa tu..

      Delete
  3. baguslah..kecik2 dah minat buku.. :)

    ReplyDelete
  4. Minat mmbca dh ada..ibunya kena korban sikit utk ajar mmbca suku kta..cpt dptnya..biar beli buku yg suku kta berwarna..ajar sebln dh boleh bca..yg bijk tu...seminggu dh dpt bca..

    pengalamn usia 3 thn anak2 dh boleh bca n mengira

    ReplyDelete
  5. Bagus naim..zahin pula berlagak..mesti nak suruh umi baca buku komik..yg lawan2 tu..ganas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advance tul. Bagus la juga... kira melebihi budak2 biasa. Naim tak reti lagi. Yg ni pun baru, sebelum ni duk baca buku sekolah dia je. Eja yg sama ulang2

      Delete
  6. anak cikgu la katakan..kan AN?comei la budak2 tu kat dlm tong tu...hihi

    ReplyDelete
  7. Sifat menyungguh Naim tu dah bagus sangat tu..... Moga Naim menjadi insan yg berjaya satu hari nanti...Tapi tulah agaknya kalau dapat mama mcm OKje ni yang tak berapa nak menyabar hehe.... entah apalah jadinya agaknya... .

    ReplyDelete
  8. Alahai comelnya budak berdua ni duk dalam tu dua beradik :) Akhirnya selepas 4 tahun, ada gak kegunaan set ni. Takpalah AN, buat masa ni kita bacakan lepas tu pandai-pandailah Naim baca sendiri. Takut lepas dah pandai baca, tak dipandangnya set buku Noddy ni lagi. Takpa, takpa...simpan untuk Nazif pulak.

    ReplyDelete
  9. bagus naim minat baca buku.. walaupun mama & papa yg baca kan.. hehe
    pandai buat ayat sedih ek.. sbr je la..
    comelnya dua2 duduk dlm bekas tu.

    ReplyDelete
  10. hehehe anak2 KA , mmg kena bacakan cerita utk mereka specialy b4 sleep

    ReplyDelete
  11. Hihihi . Layankan sajalah mama. Msa berkualiti dgn ank2 tu amat bermakna kan?

    Kdg2 kita jd rindu bila dia takda dpn mata, bila dia buat manja rasa takpelah kita laparpun blh thn lagi adal dpt layan anak😄

    ReplyDelete
  12. Tak rugi melabur utk beli buku…. mula-mula kita bacakan utk anak-anak, Insya Allah, lepas ni anak-anak boleh la baca buku2 tu sendiri…
    Auch, terkedu pula dengar ayat sedih naim tu… cute pun yer jugak :)

    ReplyDelete
  13. hihi.bersiri ye kisah noddy tu?
    tgh mmbygkan situasi bila naim nyuruh mama n papa bacakan tu.mesti lucukn :)

    ReplyDelete
  14. aida tak beli set noddy ni or grolier. byk beli bahan loose kat book store. sebab aida sedar diri, takde masa nak duduk dgn anak hi hi hi hi... aida beli set loose english utk anak-anak yg aida rasa sesuai. kos pun kurang.
    very good la dia minat. memang patut la ibu ayah beli kan :-)

    ReplyDelete
  15. Okla kalau anak2 minat dengan buku dan membacanya.. tanam minat sedari kecil.. :)

    ReplyDelete
  16. takper la kalau belum reti membaca pun kan Naim, get familiar with the books first pasni nak baca dari bealkang ke depan pun boleh hehehe. Kalau JJ dia yang bacakan for me, temberang la lebihnya, bukan reti baca pun.

    ReplyDelete
  17. wah naim bagusnya.kecik2 dah minat buku. main kotak jea.bagus.tak payah beli toys..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?