Budak bandar masuk kebun

Balik dari sekolah hari Jumaat tu, Papa N dapat panggilan dari maknya, jemput kami ke Hulu Langat, ke kebun adiknya untuk makan-makan sempena nak mula berpuasa. Memandangkan kami tak ada buat apa yang penting, kami pun setujulah. Rezeki jangan ditolak, kan?

Masa pergi kami tersilap pilih jalan, ikut jalan Batu 14, jam teruk. Mujur kami keluar dari rumah awal, jadi taklah sampai lewat sangat.

Sampai kat kebun Atuk Mus ni, terus dua beradik ni meneroka alam. Nazif je ada dalam gambar sebab pada masa yang sama Naim sedang sibuk mengejar ayam kampung yang dibela oleh Atuk Mus. Berkali-kali Naim berlari ke sana sini mengejar ayam. Tak kurang juga berkali-kali dia nak berlari ke arah tempat peliharaan ayam belanda, itik dan ikan. Berpeluh satu badan.

Mama dan papanya pula, makan durian. Kebun durian, jadi buahnya segarlah. Bolehla saya makan lebih 3 ulas. Kalau buah dah agak lembek saya memang tak leh nak telan. Semalam tu, sempatla merasa sikit-sikit buah durian dari jenis yang berbeza. Alhamdulillah rezeki kan. 

Mak Su Rok dari Melaka yang kebetulan  ada hal di KL pun datang sama. Mak Su kan memang rajin, beliaulah yang tolong panggang ayam, kambing, daging dan ikan talapia untuk makan tengah hari kami. 
Sedap semuanya. 

Tengokkan pondok Uncle Mus ni kecil je, tapi lengkap dengan dapur. Memang sesuailah nak masak dan buat makan-makan kat sini. Mulalah saya merancang, nak ada kebun macam ni juga. Dalam perjalanan balik semalam terus bagitahu Papa N, mengajak kalau balik Pasir Mas,  kami usahakan tanam pokok buah-buaha  di tanah yang mak bagi. Minta orang kat kampung tolong jagakan, nati dah boleh dapat hasilnya, bolehla makan sama-sama anak beranak, kan? Best tak cadangan? Terus suami saya setuju. Haha.. bagus ni, boleh ada alasan selalu balik Pasir Mas..

Makan nasi beramai-ramai kat atas pondok ni, sedap sangat. Angkat je lauk, berebut ambik. Seperiuk kuah tempoyak ikan baung habis dimakan. Sedara mara yang datang lewat, makan sambil berdiri je kat bawah pondok tu, sebab dah tak ada tempat nak duduk. Itu pun menambah-nambah lagi nasi dan lauk. Kata Uncle Mus, tak rasa kenyang makan sambil berdiri kerana makanan terus pergi bawah. Haha.. macam-macam kan. 

Du beradik yang comot. Orang lain berebut makan kambing dan ikan talapia, diorang berebut nak makan timun. Naim makan sikit, terus sambung kejar ayam dan tengok ikan. Memang nampak macam orang jakun. Hihi.. 

Comments

  1. Bestnya Aisy kebun nii.................. sejuk dan mendamaikan.
    Tumpang seronok tengok gambo2 ni.

    ReplyDelete
  2. bestnya akak tengok makan kat pondok tu
    salam ramadhan aisy :)

    ReplyDelete
  3. Kecur air liur..

    pot mkn yg terbaiklh..
    nikmatnya kn..di hebus angin sepoi2...

    ReplyDelete
  4. Mkn kat kebun mmg sedap...x tau kenapa...minggu dpn nak ke kebun juga. untung2 dpt hasil

    ReplyDelete
  5. bestnya ada kebun buahan cenggini AN!comei dua beradik tu...hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? Ini yg buat saya rasa nak balik buka kebun kat kampung juga. Haha.. macamla banyak ilmu pertanian ni ya.. kos pun rasanya banyak juga. Slow2 buat kan..

      Delete
  6. Bestnya kalau ada kebun sendirikan, AN. Bolehlah selalu menjenguk hasilnya. Alahai, durian oh durian.... tak sanggup nak pandang sebelah mata jek! Nasib baik dapat gak merasa sebelum puasa tapi tetap tak puas. 3 ulas tu bagi saya sikit sangat, AN :)

    Untunglah bawa budak berdua ni. Orang sibuk makan sedap-sedap, mereka berdua makan timun jek. Alahai anak-anak...senang omak cam ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau durian ni, orang tak offer pun tak kecil hati. Tapi masa ke kebun hari tu rasanya saya makan 7 atau lebih ulas tau.. sedap isinya, buah kecil2 rasa sikit je..

      Anak2 saya macam tulah, kalau ada timun, lauk best pun tak ambil. Makan timun dulu.

      Delete
  7. wah bestnya. berkelah di kebun droyan.
    bakar pulak macam mcam.mg berselera la kan makan.
    anak anak dpt jumpa ayam syiokk le. hihi
    menarik sgt planning akak tu. yg penting dpt blik PM sokmo.

    ReplyDelete
  8. bestnyer..rindu sungguh zaman kecik dulu masuk kebun arwah tok wan..

    ReplyDelete
  9. mmg seronok ada kebun camni kan..meriah nmpk..klu makan ramai2 berebut2 mmg sedap..ehh bagus pulak dua beradik ni ye..cari sayur juga,tak layan org lain makan sedap.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis peminat sayur diorang ni.. masa masak sayur nak buka setiap hari pun, sama ada masak banyak atau kena sorokkan dulu, keluarkan pada masa nak makan. Kalau tak abisla kena makan dengan dua beradik ni.

      Delete
  10. Hari tu rasa dah baca entri ni rupanya baca tp tak komen....
    Seronok berkumpul reramai mcm tukan AN... menu pulak best best .....okje yg baca ni pun dah kecur air liur ....Dapat layan pulak doyan lepas makan nasi....Pergh...
    Lawaklah 2N ni.....timun yg direbutkan....hehe

    Sama je impian awak dgn impian Papa Zir....... Nak duk kat kg cari kerja lain. Nampak dah boring dan tak tertahan dia nak kerja dah tu...

    ReplyDelete
  11. wah bestnyer..siap ada pondok dan boleh masak2 lagi tu..mesti meriah kan.
    seronok la dua ahmad tu ye bermain2 dgn bebas, naim dpt kejar ayam lg tu...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?