Ayam, itik dan kambing

Ai semua..

Kami masih lagi di luar kawasan. Meneruskan perjalanan dengan balik ke kampung untuk beberapa hari. Awal pagi tadi kami keluar untuk membayar saman trafik yang kena masa sekatan jalan raya di Jeli. Masa tu ingatkan kenapa kena tahan, rupanya polis tu bagitahu lampu brek ketiga kereta kami tak menyala.

"Acu cik gi belakae, cik tengok saya tekae brek ye"

Suami saya dah berfikir sebelum dia keluar dari kereta, saya gelak juga masa tu. Dah agak dia tak faham sepenuhnya ayat polis tu.

Hari ni bila Papa N pergi bayar, katanya dua kali ditanyakan pada polis tu ayat-ayat yang beliau tak faham. Dikenakan RM100, dan kata polis tu kalau nak murah lagi kena pergi buat rayuan di balai polis berdekatan dengan tempat yang mengeluarkan saman tu. Dalam hati saya, agaknya berapa kali polis tu terang sebelum difahami ayat-ayat tu. Haha, jahat bininya ni ya..

Dah petang ni pula, kami singgah di satu bengkel di kawasan Kota Bharu ni untuk membaiki lampu brek yang rosak tu. Cina Kelantan ni biasalah, cara cakapnya sama pelat dengan orang Melayu. Tauke tu tanya Papa N, " Cu gi tekae". Papa N jawab , " Apa, tak boleh repair?".

Haha.. kalau tiba-tiba nak pindah balik tinggal kat kampung, rasanya payah kan? Bahasa ayam itik ni.. sian pun ada..
Berposing di depan bengkel sementara menunggu lampu brek dibaiki. 


Oklah semua, dah siap nampaknya lampu dibaiki, kami nak bertolak balik ke rumah la ya..Tak sabar nak balik dan baring, dah kekenyangan makan nasi beriani paha kambing tadi..sekali sekala balik, belanja famili kat sini makan dan bagi peminat nasi beriani kambing, Restoran Puncak Mutiara Cafe dah ada cawangan di Kota Bharu. Lokasinya berdekatan dengan Tesco Kota Bharu. Alhamdulilah, sama sedapnya dengan makanan yang kami rasa di Pulau Pinang. Bolehla belanja keluarga makan kat sini bila balik kampung ya..

Comments

  1. Saya pun tak lepas rasanya Bahasa Kelantan. Betul ke AN - Cuba encik pergi belakang, encik tengok saya tekan brek ye!

    Lepas exam tak agaknya saya nih?

    Saya dapat bayangkan berkerut dahi PapaN nak memahamkan maksudnya. Kalau sayalah, dahlah gabrah nampak polis lepas tu tak faham lagi. Memang tercengang je kat situ. Lepas tu kena marah dengan polis! Hiks!

    Oh, restoran favorite dah ada di kampung halaman bolehlah balik kampung selalu ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pandai demo teko.. betul jawapan demo..

      Ada orang yang mmg tak faham rasanya, walaupun dah selalu dgr bahasa tu.

      Haha.. selingan je tu. Balik lain kali kita makan lak kat tempat lain.

      Delete
  2. dulu suami acik susah sangat nak faham arwah mak acik cakap negori..sekarang ni dia pulak yang lebih2 cakap negori

    ReplyDelete
  3. ingatkn apalh tdi... tok pehe kecek kelate..
    roommate adibah dua org dr Kelantan, msa matrik pun sama, dr tk tahu, skrg dh tahu sikit2 ngombrol Kelantan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. jenis orang yang mudah belajar bahasa tu si adibah ni. Tahniah.. bolehla datang shopping murah2 kat wakaf che yeh ni.

      Delete
  4. tekae tekae tok dapak. hahhahaa paghok weh kalu duk kelate set set demo. arwah my dad sampai sudah cakap pelat kelantan yang comel (he was a mamak from perak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebatla arwah abah demo kalu gitu.. tok laki kawe ni entah bile bulih jadi gitu...

      Delete
  5. ooh dah sampai kg ke?Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. lya pahe la jugok bahase kelate ni.. dah sealiran dgn teranung.. slange je lain sikit. hehe.. akak org kelate rupanyer..tp respek r cina kat kelate nun.. cakap mmg xdop pelat cina sikit.. satu lg y lya perasan kbyakan org asal kelantan, duk mana2 pon mmg xleh tgl loghrat dia kan..

    ReplyDelete
  7. hahahah...kena masuk kelas ni nampak nya..kelas bahasa kelantan.

    ReplyDelete
  8. ayat yg kata atas tu pun sepatah sy tak faham..sy mmg dfail klu bahasa kelantan..hehe..

    amboi lepas beriani kambing dekat penang,smbg pulak kt kota bharu..sakan sungguh AN sekeluarga bercuti..

    ReplyDelete
  9. hahaha... nasib bahasa kelantan.. kalau kat sabah ni bahasa yg bercampur lagi lah susah nak paham... kena duduk sini lama baru boleh paham pelan pelan

    ReplyDelete
  10. family Cik Iman memang orang Kelantan, memang paham apa polis tu cakap.

    sabo je la~

    ReplyDelete
  11. Keh keh keh, kesian papa dua ahmad tu...
    Yang mama pulok tuke suko jah... ado ko patut....
    Cik abe AN keno saing dgn cik abe saya... mesti kejap jah pandai kecek kelate....
    hahaha.... sbb kat Bradford ni mmg ramai saing2 hok isteri kelate, tapi suami bukan kelantan....
    Masa duk M'sia langsung x pandai kecek kelate tapi pelik bin ajaib bilo maghi bradford ni tiba2 pandai pulok kecek kelate.... hahaha, sbb cik abe saya mmg kecek kelate tok kiro dgn sapo pun...

    ReplyDelete
  12. kan.lama lama nanti paham le tu.
    dh ada cawangan di sana ye.. saya sekali ponx merasa lagi makan di restoran tu.teringin juga

    ReplyDelete
  13. hahaha....bahasa kelantan kalau org luar mesti susah nk faham...huhuhu sabo ja lahkn

    ReplyDelete
  14. terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi bunda....walupun dalam mood istirehat bunda singgah bw n komen rambang ke blog2 kalian...terharu bunda..

    ReplyDelete
  15. akak pahae jugok kecek klate ni,...hehehe bulih la sikit2 kalu pekat sangat tu tak paham jugak la..maklumla berjiran negeri kan,saing pun ramai dari kelantan..
    pernah pegi kelantan dulu,ckp kelantan dgn mak member akak,makcik tu ingat akak org kelantan jugak... sejarah dulu2 kata arwah ayah akak..atok nenek dari kelantan juga,arwah ayah pernah ajak ke kelantan menjejak kasih saudara tapi tak sempat nak pergi..wahhh tercerita sejarah le pulak..

    ReplyDelete
  16. Ohhh sambung balik kg rupanya....Lama Papa N dapat cuti AN...

    Eh....sama kes jugak ke Papa N ni ngan jiran mak . Berapa tahun dah jadi menantu oghe Kelate? Hihi.....Awe tok sey belaja kecek Kelate ke AN? Kalau sehari soe dari kawen dulu sampai la ni, umur Naim, mesti dah berabuk dah sepatutnya Papa N tu....

    ReplyDelete
  17. Rasa mcm dah komen tadi....

    ReplyDelete
  18. kalau saya kan, mungkin senasib dengan Papa N
    tak paham sangat kalau cakap lelaju
    padahal ada aje kawan dari sana...hehe
    mahu saya cakap balik, "boleh cakap slow sikit dak? tal paham ni" hehe

    ReplyDelete
  19. cik abe saya selalu cakap saya ni cakap.siam.sbb saya cakap laju.hahaha.ntah pa pe je :)

    psstt:akak, ntah saya pon x tahu nape dgn pergelangan tangan saya kedua belah ni. rasa sengal2 je. nak nak bila angkat anak. malam malam rasa sakit, ngilu je. dh pi berubat tapi katanya xda apa apa.mmm, ntah la. dah letak minyak panas.pon x ok.masih terasa.ingt nak blik urut je la..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?