Posts

Showing posts from August, 2015

Salam Kemerdekaan 2015

Image
Hari sambutan kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-58, nampaknya meriah walaupun pelbagai isu melanda negara kebelakangan ini. Semoga berkat doa semua, nikmat kemerdekaan ni bakal kita wariskan kepada anak cucu dan cicit kita nanti. Hadiah sempena sambutan kemerdekaan buat Abang Naim. Seronok sangat dia sebab Papa N belikan dia sehelai bendera ni. Berlari ke sana  sini sambil mengibarkan bendera ni sejurus dia dapat bendera. Bila sampai je ke rumah, terus disuruh papanya menggantung bendera ni di dalam ruang tamu.  Semoga semangat kemerdekaan dan patritisme tetap tersemai dalam diri semua warganegara. Salam kemerdekaan ke-58. 

Abang yang dah besar

Image
Assalamualaikum semua. Pasti ramai yang bergembira di hari 25hb ni ya. Alhamdulillah kan. Harapnya bila dapat gaji korang akan beringat ya. Lagi-lagi di zaman wang kita jatuh ni. Jangan lupa bayar hutang bagi yang ada meminjam daripada orang lain disebabkan tempoh lama tanpa gaji hari tu. Ok, kembali kepada tajuk yang sepatutnya. Si abang lima tahun ni, selalu cakap yang dia dah besar. Kalau minta dia buat apa-apa kebanyakannya memang dia akan buat. Lega juga bila dia faham besar dan tanggungjawab ni. Tapi pastilah kami tak pun menyuruh Naim buat perkara-perkara yang tak mampu dia nak buat. Setakat minta dia ambilkan barang atau tolong cucikan tangan adik atau menguruskan adik, selalunya boleh Naim buat. Itu pun kalau dia tak gaduh dengan adik atau mood tengah baik.  Semalam banyak berlaku banyak perkara yang buat saya pun rasa Naim ni memang dah besar. Anak sulung yang boleh diharapkan suatu masa nanti, insyaAllah. Kena doakan yang baik-baik. Mula-mula masa saya balik semal

Kajian dalam proses tapi barang dah naik!!

Berita pagi tadi, menteri menyebutkan sedang mengkaji kesan kejatuhan ringgit kepada sektor pertanian negara. Pihaknya kini membuat penilaian terperinci tentang berapa budjet baru dan impak hasil pertanian ke atas kenaikan nilai dolar terhadap barangan pertanian yang diimport. Ha, bukan tujuan apa-apa entry ni. Bercerita pengalaman saya sahaja ni. Kisahnya, semalam semasa saya ke pasar tani, harga sayur dah mulai naik. Saya sebenarnya tak perasan pun, sebab sekali sekala je ke pasar tani dan jenis tak catat harga sayur, cuma saya terkejut semalam, bunga kantan 1 tu berharga RM 4. Mak ai, mahaiiinya ko cik kantan ...cuma pada masa tu ada seorang pelanggan yang sedang bersoal jawab dengan penjual. Pembeli ni bertanya kenapa harga sayur berbeza daripada harga yang dibelinya dua minggu lepas? Mendengar macam tu, saya mula pasang telinga, nak dengar jawapan penjual tu. Penjual sayur tu jawab, tak dapat nak buat apa bila duit kita jatuh ni, kami pun dapat stok mahal. Tapi ni kira ok la

Berbelah bahagi

Hujung minggu kami, perancangan minit akhir kononnya nak bawa anak-anak main air. Masa tu pun dah kena osom dah sebab si adik nak ke pantai, alasan dia nak main pasir. Si abang pulak minta nak ke kolam sebab dia nak menyelam sambil pakai goggle. Mama dan papa ni iyakan saja dua-dua, kalau tak nanti kecoh pulak. Tengah bersiap-siap di pagi yang tak pagi sangat tu, saya dapat panggilan daripada Opah Naim. Dimintanya kami ke rumahnya. Ada perkara nak minta Papa N buat katanya, ditambah dengan keluarga abang ipar pun nak datang makan tengah hari di sana juga. Bila saya bagitahu kami tengah bersiap nak bawa anak mandi manda, Opahnya pujuk lagi, pergi mandi dululah selepas tu boleh ke rumah Opah dan tidur kat sana. Sian pulak ya. Jadi kami siap-siapkan baju dalam beg, kononnya nak pergi tidur kat rumah MIL malam tu. Tapi belum sekilometer perjalanan, kami tukar arah bila Papa N setuju dengan cadangan saya supaya pergi ke rumah Opah dulu dan petang sikit baru ke tempat yang ditunggu

Checkers Hypermarket: Destinasi Belian Borong

Image
Entry kali ni saya nak berkongsi tempat belian borong di kawasan Shah Alam. Masa menjual untuk Food Fair sekolah hari tu, empat kali saya ke Checkers Hypermarket untuk membeli barang dalam kuantiti borong. Sebelum ni saya tak tahu pun tempat ni, mujur ada kawan yang bagitahu. Memang murah harganya. Pelik kalau masuk ke Checkers ni, kalau korang beli sikit. Setiap kali saya pergi tu, semua orang yang membeli belah memang beli dalam kuantiti banyak. Bukan sahaja dijual barangan kering, bahagian basahnya juga ada barangan yang segar. Saya beli barang untuk masak yee mee pun di Checkers ni. Beli dalam kuantiti banyak, dapat harga murah, jual kat sekolah, ha, itulah strategi untuk capai 1k. Bermodalkan hanya RM 365 dapat kutipan RM 1140. Okla kan?  Kalau korang nak ke sini, alamatnya: CHECKERS HYPERMARKET SDN BHD (564429-W) (Head Quarter) LOT 7, PERSIARAN SELANGOR, SECTION 15, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03 - 5511 2255            FAX: 03 - 5511 1188

Ibu bapa kena alert benda ni

Image
Baru pagi tadi saya nampak benda ni di entry blog CH, hari ni terus dapat taklimat daripada guru disiplin tentang bahaya terbaharu yang berleluasa di kalangan remaja atau bukan remaja sekali pun. Di sekolah kami pun, dah beberapa kali murid ditangkap kerana menyimpan benda ni. Shisa stick, vape atau rokok elektronik atau apa saja namanya. alahai....Macam-macam jenis rupanya.  Kalau tengok kat gambar di atas tu, ada jenis yang mahal dan jenis yang murah. Kalau tak ada ilmu, kita tak sangka yang jenis hitam tu pun sejenis shisa stick atau vape ni, siap ada butang dah macam bentuk pendrive. Yang jenis hitam ni katanya harga lebih RM 200. Manakala yang jenis lagi satu tu, yang silver kuning tu berharga dalam RM80. Budak-budak ni beli macam mana ya? Risau bila fikirkan.. takkan mak ayah yang bagi duit bila anak mereka minta? Tak lojik. Yang dua botol kecil yang nampak macam botol pewangi tu, ialah perisa bagi vape atau shisa stick ni. Ini pun kalau tak didedahkan atau

Ini baru 'open house'

Image
Punyalah sibuk sepanjang minggu lepas. Baru sempat siapkan entry pasal open house yang 'rare'. Apa yang rare tu? Korang yang selalu baca blog ni agaknya perasan pasal jiran-jiran saya yang yang cukup baik dan erat ukhuwahnya. Ni kisah salah satu bukti hubungan yang baik tulah.. biasa je diajak ke majlis rumah terbuka kan? Tapi biasa tak lepas korang beramah mesra dan makan di rumah yang dijemput tu, korang maraton dibawa ke rumah-rumah lain yang berdekatan. Ha, jarang kan?.. Kisah kami pada 8 Ogos yang lalu. Lepas habis je makan dan bersembang-sembang kat rumah yang dijemput tu, kami sembang beramai-ramai lagi di laman seorang jiran. Lepas tu, tak lama kemudian kami diajak ke rumah depan, seorang jiran yang sedang mengubahsuai rumahnya. Duduk pulak kat rumahnya tu lebih kurang setengah jam. Tengok keadaan rumah sambil gelak-gelak. Dah 3 buah rumah kan? Tapi belum habis kat situ je, lepas tu diajak pulak ke rumah depan hujung sikit. Kali ni lagi meriah keadaannya di

Poyo pun poyolah.....

Image
Nak bercerita pun kena tengok juga orang yang nak mendengar tu, kan? Kalau tak nanti sia-sia je air liur kita ni. Kalau orang tunjukkan sesuatu, contohnya macam ni..... Tak payahlah nak kecilkan hati orang lain dengan komplen gunakan ayat yang tak baik, dan tak salah pun bagi ayat sokongan. Tak kisahlah dia poyo pun, tak rugi pun kalau tak tunjuk perangai buruk kita,kan?  Hihi.. tak kiralah apa pun, rasa berbaloi masak penat hari tu, tidur pun cuma 2 jam demi siapkan yee mee untuk jualan di sekolah. Sama-sama membantu kumpulkan dana untuk sekolah. InsyaAllah ikhlas saya memasak tu..  ......#####............. Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit. ..... Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab. ...... Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi

Projek 1K

Image
" Wah, seronoknya sekolah mama ni!!", komen Naim bila seronok bersama-sama memeriahkan Food Fair (hari kantin) sekolah saya. Walaupun tak menjual ala-ala Mail ( harapan Naim sejak seminggu lalu), tapi bila ke sekolah dan tengok kemeriahan yang ada, Naim mulalah tunjukkan muka seronoknya.  Sempat Naim pau papanya minta belikan spray buih tu.. untung ler orang yang jual benda tu, memang cukup ramai murid yang beli. Ni gambar masa mula-mula sampai, agak malu-malu. Murid yang membantu saya kat gerai masa tu cuba nak sembang dengan diorang tapi diorang ni buat tak layan je.. Hasil main dengan spray buih tu.  Ha.. akhirnya tiba juga ke hari yang dinantikan, hari kemuncak setelah hampir dua minggu berhempas pulas berpeluh penat menjual pada masa rehat untuk mencari modal bagi menjayakan Food Fair ni. Gambar di awal pagi ni murid yang hantar melalui whatapp, gambar iphone6 ni lawa kan, muka semuanya masih ceria masa ni. Masa ni juga ramai murid saya yang

Dia yang menang aku yang meleleh air mata, kenapa??

Image
Kisah kelakar bercampur gembira. Alkisahnya saya kena bawa murid ke pertandingan pengucapan awam dalam bahasa Inggeris. Mulanya saya nak menolak kerana saya memang tak biasa memandu ke kawasan Petaling Jaya. Tapi kawan yang lagi seorang tu tak nak menghantar, jadi terpaksalah saya juga menabahkan diri menghantar murid ni. Seperti yang dijangkakan, sesat akhirnya, perjalanan kami ambil masa satu jam. Padahal kalau ke Sunway Pyramid sepatutnya 15 minit je dan jika dari Sunway Pyramid ke sekolah yang dimaksudkan ni cuma dalam masa 5 ke 10 minit. Tapi entah bagaimana kononnya bijak masa pagi tu, nak elakkan sesak saya ambil jalan lain, maka bertabahla menempuh perjalanan di NPE. Entah macam mana sampai ke situ! Murid tersebut dah agak cuak mukanya. Saya pun cepat-cepat bagitahu dia, "jangan risau kita ada waze ni, akhirnya kita akan sampai juga. Lagipun biasanya pertandingan mula agak lambat, mesti diorang nak tunggu murid dari PPD lain juga". Apa pun, alhamdulillah akh

Nazif 3 tahun dah!!

Image
Tak sangka cepat masa berlalu, walaupun dah genap tiga tahun, adik di mata mama masih nampak kecil je. Walaupun kecohnya bila bercakap, menggelegak gelaknya dan terkedek-kedek bila berlari, saya selalu rasa kecil lagi si adik ni. Tambahan pula, memang jenis suka berdukung, suka minta orang usik dia dan pelat lagi perkataan yang keluar dari mulutnya.  Selamat hari jadi anak mama, Nazif... Untuk hari ni tak ada apa-apa yang istimewa, sebab mama papa bekerja. Sekadar mama belikan makanan kegemaran si adik ni iaitu rambutan dan strawberi. Itu pun dah cukup gembira adik makannya.

Projek anak beranak

Image
Dah bermula minggu yang sibuk. Tapi walaupun sibuk tetap bersemangat. Yang semangat tu sebab berniaga. Semangat betul mama Naim Nazif menjual makanan sempena Food Fair sekolah. Haha, terpaksa bersemangat sebab pihak sekolah mensasarkan setiap kelas capai jualan sekurang-kurangnya Rm1000. Jadi nak tak nak kenalah buat sesuatu yang boleh dijual. Semalam punya projek, anak beranak menyediakan agar-agar rambutan.  Masa ni adik tak ada, seronok si abang menolong mama mengisikan potongan rambutan ke dalam bekas yang ada. Budak ikut arahan, mama kata masukkan dua potong, semua pun dia masukkan dua je tak kira kecil ke besar. Kalau tegur, mama yang kena balik sebab bagitahu dua awalnya. Haha.. apa pun tangan dah dibersihkan, sebelum buat baca doa, ai pasti sedap agar-agar kita ni kan bang.  Tukang kira juga. Ha..nampak kan bersemangatnya. Masa nak kira tu Naim siap berdiri atas kerusi lagi sebab nak kira betul-betul.  Bila adik dah balik, apa lagi, dia pun tak lepa

Rambutan disebut durian

Image
Ini si comel punya kes la ni. Opahnya datang ke rumah dengan bawa sebakul rambutan dan sedikit buat durian. Entah macam mana, si adik ni suka sangat makan buah rambutan tu. Berkali-kali minta nak makan, tapi bila minta tu dia sebut, "nak durian!". Berkali-kali ajar sebut rambutan pun, akhirnya dia minta lagi , " bukakan durian,adik nak makan!". Bangun tidur pukul 6 petang pun tak jadi mengamuk selepas tunjukkan buah rambutan. Kalau tak, sekali sekala dia tidur petang, bila bangun tu pasti jenuh nak kena pujuk. Dapat empat biji rambutan, elok.je moodnya. Dah kembali boleh berebut mainan dengan abangnya..selamat..

Menu mudah dan sedap untuk tetamu

Masih lagi dalam mood raya ni kan. Meh nak kongsikan idea kot-kot ada tetamu tetiba nak berkunjung ke rumah korang di hujung minggu. Kalau macam saya, pening juga kepala nak masak apa untuk dihidangkan pada tetamu nanti. Masa kat sekolah, riuh gak bertanya pada kawan-kawan apa menu nak disediakan. Akhir sekali, saya sediakan menu mengikut rasa hati saya ni. Perancangan asal nak masak nasi arab akhirnya menjadi nasi putih dengan lauk pauk. Salah satu daripadanya ialah ikan siakap stim mudah lagi sedap. Disebabkan masa memasak 10 minit je, dua kali buat pada hari yang sama dan lebih-lebih lagi dipuji sedap oleh MIL pulak tu, jadi saya kongsikan kat sini resepinya ya. Bahan-bahan ikan siakap stim ala rebus: Ikan siakap diperap seketik dengan sedikit garam dan lada sulah * 2 ulas bawang merah *2 ulas bawang putih * 1 inci halia * 3 batang serai Air asam jawa 6 biji cili padi diketuk Air secawan 2 sudu sos tiram Garam dan gula Cara memasak: 1.  Potong halus semua bahan bertan