Menu mudah dan sedap untuk tetamu

Masih lagi dalam mood raya ni kan. Meh nak kongsikan idea kot-kot ada tetamu tetiba nak berkunjung ke rumah korang di hujung minggu. Kalau macam saya, pening juga kepala nak masak apa untuk dihidangkan pada tetamu nanti. Masa kat sekolah, riuh gak bertanya pada kawan-kawan apa menu nak disediakan.

Akhir sekali, saya sediakan menu mengikut rasa hati saya ni. Perancangan asal nak masak nasi arab akhirnya menjadi nasi putih dengan lauk pauk. Salah satu daripadanya ialah ikan siakap stim mudah lagi sedap.

Disebabkan masa memasak 10 minit je, dua kali buat pada hari yang sama dan lebih-lebih lagi dipuji sedap oleh MIL pulak tu, jadi saya kongsikan kat sini resepinya ya.

Bahan-bahan ikan siakap stim ala rebus:

Ikan siakap diperap seketik dengan sedikit garam dan lada sulah
* 2 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 3 batang serai
Air asam jawa
6 biji cili padi diketuk
Air secawan
2 sudu sos tiram
Garam dan gula

Cara memasak:
1.  Potong halus semua bahan bertanda *.
2.  Panaskan air dengan masukkan semua bahan kecuali ikan sehingga mendidih.
3.  Bila mendidih air, masukkan ikan.
4.   Terbalikkan ikan sekali untuk memastikan kedua-dua bahagian masak sekata.

Selamat mencuba ya.. rasa masam, masin dan pedasnya sesuai dan yang paling utama masanya kejap je kalau nak memasak menu ni.

Comments

  1. siakap stim rebus ni dah try masak, simple dan sangat jimat masa. rasa sedap! :))

    ReplyDelete
  2. Xde gambar pun dpt bayang... Sedap! Lagi pula, Musim raya ni... Dah bosan rendang bagai... Dpt menu lain sikit... Mmg sedap la! Hari Tu Ada open house hidang gulai nenas ikan masin. Haaa... Mmg win la! X usik ketupat lemang.

    Ni dpt ikan stim... Lagi la sedap!

    ReplyDelete
  3. terima kasih bagi resepi... boleh cuba ni... sy suka sgt resepi yg simple2 lagu ni :)

    ReplyDelete
  4. wah resepi ikan stim lagi...walaupun senang bagi sy yg malas nak panaskan pengukus ni memang tak jadi la ikan stim.hehe..

    tp yg AN punya ala rebus kan..bagus juga rasa sama je sesuai sangat untuk org malas macam sy.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaapa? Siapa yang malas tu? Kalau PK malas, saya ni tak tahula nak kata apa.. huhu..

      Delete
  5. sedap tu siakap stim,akak suka buat siakap stim limau,walaupun akak tak makan tapi seronok bila tengok orang makan...memang menu yang mudah untuk disediakan

    ReplyDelete
  6. sedapnya...cara buat pon sgt mudah

    ReplyDelete
  7. Hampir sama dgn resepi yg LM kerap
    Buat cuma x ketuk cili nk bg ank mkn dan LM tabur daun sup sblm kukus. Ooo blh rebus je ye. LM jarang buat sbb mls nk
    Keluarkan kukus. Ehehe

    ReplyDelete
  8. Sayakan kalau tetamu datang mengejut ke rumah, memang saya cari menu seringkas boleh. Maklumlah spesies jenis bermalas-malasan di dapur macam saya ni, kalau buat kerja yang complicated sangat, nampak gaya memang kebulurlah tetamu yang berkunjung.

    Siakap stim ni memang tak pernah buat sebab anak-anak dan suami saya ni lagi suka kalau ikan bergoreng. Tapikan...tiba-tiba teringat siakap stim yang sedap masa kami berbuka puasa dengan kakak dan keluarganya dalam bulan puasa baru ni. Alahai...tetiba aje teringat siakap stim pulak!

    ReplyDelete
  9. assalam..
    happy belated besday akak.
    smga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.aamiin

    kan, menu macam pon best simple n cepat.
    comfirm berebut rebut masa makan..

    ReplyDelete
  10. nape tak letak gambo...boleh tumpang meleleh ayer liur
    saya tak penah sekali pun masak ikan siakap
    nape sangat tak reti masak

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?