Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1

Unik tajuk cerpen ni, kan? Layankan jelah entry berunsur pendidikan ni ya. Mana tau ada murid-murid tingkatan 1 yang tengah mengulangkaji untuk peperiksaan akhir tahun tu terjumpa entry ni, maka boleh dibuat rujukan. Lagipun bermula minggu depan dah mula minggu peperiksaan akhir tahun untuk murid-murid tingkatan satu dan dua.

Macam biasa, saya sediakan contoh soalan KBAT dengan beberapa pilihan jawapan. Tolong ingat untuk berikan dua jawapan lengkap dan ayatnya perlu gramatis untuk jawab soalan KBAT ni ya. Empat markah ni banyak tau! Kalau jawab suka hati nanti payahla nak dapat empat markah ni. Memang takkan dapat pun.

Soalan KBAT dan jawapan:

1.  Pada pendapat anda, kenapakah kita perlu berbincang sekiranya ada masalah keluarga?
Jawapan:
# supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan baik
#dapat mengelakkan masalah antara ahli keluarga daripada berterusan
# supaya salah faham tidak akan berterusan

2.  Sekiranya anda berada di situasi Lim Meng, ramalkan usaha-usaha anda untuk memulihkan semula hubungan dengan keluarga anda?
Jawapan :
# saya akan sentiasa bertanya khabar kepada ibu bapa saya
# saya akan mendoakan bapa saya akan memahami keadaan sebenar
#saya akan mendoakan bapa saya akan berubah sikap menjadi lebih baik

3.  Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang dialami oleh anak yang disisihkan oleh ibu bapa yang bersikap pilih kasih?
Jawapan:
# anak akan merasa tertekan
#anak tersebut menghadapi masalah dalam pelajarannya
# anak tersebut akan hilang keyakinan untuk berhubung dengan orang lain
#anak akan berdendam dengan ibu bapanya

4. Pada pendapat anda, apakah peranan makanan sedap kepada kebahagiaan sesebuah keluarga?
Jawapan :
# makanan sedap yang dimakan bersama-sama akan mengingatkan kita kepada ahli keluarga kita
# makanan sedap merupakan lambang kasih sayang antara ahli keluarga, kerana jika kita menyayangi ahli keluarga kita, kita pasti akan memberikan makanan yang sedap untuk mereka
# makanan sedap kerana disediakan dengan penuh kasih sayang untuk mereka yang tersayang.

Ini BUKAN GAMBAR LIMAU MANDARIN ya.. ini limau yang ada di rumah saya. Gambar hanya hiasan semata..haha
Limau ni antara buah yang sentiasa ada di dalam petk sejuk rumah kami. Rasanya buah ni dah tak semasam zaman kanak-kanak saya. Dulu saya tak suka makan limau ni sebab rasa masamnya, tapi kini jarang jumpa limau ni yang masam, kan?

Comments

  1. Dpt 4 markah...hihi..sng mcm kcng..yg beljarlh ,yg mls nk fikir tu bg 0 jer..hihi

    Smlm bli limau mkn lgi enth mnis ker idakkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan Knor.. soalan KBAT ni bukanla payah sangat pun, tapi bagi yang malas tu, malas nak fikir, ditinggalkan kosong je.. adoi memang geram menanda kertas kosong gitu.. agaknya dia tahu hafal apa yang ada dalam nota je.. yang kena fikir ni memang tak nak fikir langsung

      Delete
  2. Kalau kakak tak panggil limau ini limau mandarin Aisy. Limau mandarin pada kakak yg bleh dikopek dan makan seulas-seulas gitu. Ini kami panggil sunkist walaupun bukan brand sunkist tak tahu kenapa. Memang limau ini sekarang rata-rata manis tak macam dulu kan... betullah kakak pun perasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. yeke Kzakie? Salah gambar la nampaknya.. haha.. xpela, asalkan isi membantu murid yang google maklumat pasal ni.

      Delete
  3. hihi..InsyaAllah boleh jawab semua soalan tu sis... senang je.. haha
    buah limau peberet anak sy ....masam2 manis...:)

    ReplyDelete
  4. Ni limau sunkist AN..mandarin yg kak zakie kata boleh kopek seulas2 tu.sblom baca komen kak zakie terkejut tgok gmbar.hehehe..

    Afia paling suka buah sunkist..komsas budak2 skang dh tak ikut perkembangan..tggu aiman nti br amik tau balik..dulu zaman sy la mula komsas..sempat la merasa semua yg cikgu AN bentangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kena buang gambar tu nampaknya ni..asyik kena tegur je ni.. haha.. ampun buk..

      Delete
  5. Bagi soalan no.4, akak sukakan jawapan yang ini...

    makanan sedap merupakan lambang kasih sayang antara ahli keluarga, kerana jika kita menyayangi ahli keluarga kita, kita pasti akan memberikan makanan yang sedap untuk mereka

    hahahah, bagi akak bila kita nak jual makanan pun kalau boleh nak masak sedap2 seolah2 nak bagi keluarga sendiri yang makan...hmmmm ada kaitan ke ni? macam takde je...kena tolak markah la nampaknya...

    apapun perkongsian yang bagus untuk pelajar buat rujukan...

    ReplyDelete
  6. Mandarin.. Dtgnya setahun sekali. Bila muncul mahal kemain.. Hihi

    Dari yg saiz besar smpi kecil mmg sentiasa ada bila musim raya cina.

    Haaa limau sunkist tu mmg LM rasa sentiasa ada dlm fridge kami juga tapi malangnya rasa dia sgt masam sebungkus yg hubby beli aritu. Biasa dpt isi sgt manis mkn dua bijk berebut dgn syafiq. Yg kali ni dpt yg masam ya amat. Ngeri nk sua ke mulut. Jadik jus je lah jawabnya... Yg jarang jmp masam tu smuanya dh ke tumah LM lah kot AN? Setiap bijik masam. Sobss

    ReplyDelete
  7. Cikgu tersalah limau ^_^ Hahaha...saja nak mengusik AN. Usik mengusik tu membawa bahagia tapi kalau terasa hati, minta maaflah ya. Ni soalan KBAT memang satu soalan kena pilih dua jawapan ya? Tengok jawapan semuanya sipi-sipi aje betulnya...Kalau saya ambil exam ulangan, entah boleh ke tidak dapat A lagi nih....

    Orang kata kalau nak beli limau ni kena tengok yang ada berlubang di hujungnya macam belly button tu. Yang itu confirm sedap dan manis. Tapi la ni selalu juga saya terkena yang masam!

    ReplyDelete
  8. Bestnya budak Tingkatan 1 dah ada soklan ramalan dan jawapan sekali. Cikguuuuu soklan untuk Tingkatan 4 ada tak? Hihi...

    Dulu kecik okje makan limau Malaysia jer AN. Limau kulit hijau tu. Jarang tau nak dpt oren cenggitu. Mahal kot.

    ReplyDelete
  9. nice sharing

    tapi saya kurang suka limau sunkist sbb mmg masam. masam sikit pon x suka. suka lg masam pelam sbb blh dibuat colek

    setuju dgn kak zakie. pasal pic gambar tu..
    limau sunkist sbb kna ptg skli kulit
    itu pada saya la..

    ReplyDelete
  10. itu guideline untuk jawapan ye
    kalau macam lain sikit tapi ada isi yang hampir sama, dapat markah dak?

    dulu masa saya sekolah, selalu juga tolong cikgu mark jawapan...hehe
    tapi yang objektiflah...sekarang ada lagi dak ye

    ReplyDelete
  11. kbat oh kbat.
    hmmm no komen.
    limau pun antara wajib ada kat umah aida.
    ia juicy... nyaman... pelawas :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1