Pengalaman umrah pertamaku

Assalamualaikum.
Lama tak menulis di sini. Rasanya tak tahu di mana nak memulakan catatan ini. Tapi saya tulis juga dengan alasan, pengalaman sendiri takkan pernah sama dengan apa yang pernah dibaca dalam buku dan apa yang diceritakan oleh orang lain kepada kita.

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni Allah panggil saya menjadi tetamu-Nya. Satu anugerah yang saya sangat syukuri dan memang tak terluah dengan kata-kata akan kegembiraannya. Apa taknya, kisah tentang kota suci Mekah ni saya dah mula tanyakan pada mak saya yang pergi melakukan haji pada usia saya 9 tahun. Pada masa tu, sebagai anak kecil yang ditinggalkan dengan adik yang berusia 7 tahun dan kakak 18 tahun , saya bertanya kepada mak selepas mak ayah balik dengan selamat. Soalan saya pada masa tu, "seronok ke pergi Mekah? Macam mana keadaan di Mekah tu? Apa kita buat di Mekah?".

Ingatan saya terimbau kepada soalan-soalan yang saya ajukan masa kecil tu sebaik sahaja saya lihat keadaan di luar semasa bas membawa rombongan  kami ke kota suci Mekah. Melihat pemandangan di luar terus hilang rasa penat kerana urusan imegresen di lapangan terbang Jeddah yang mengambil masa lebih 6jam. Jawapan mak yang saya ingat pada masa tu ialah di Mekah, tempatnya kering panas dan tiada pokok sepanjang perjalanan. Ya, Allah, syukur sangat kerana dapat juga hambaMu ini jejakkan kaki ke tanah suciMu, betapa besar kuasaMu. Tempat yang kontang ni menjadi tumpuan penduduk Islam setiap masa. Masa umrah dah sebegini ramai, kalau masa haji pastilah teramat ramai umat manusia di kota suci ini.


Perjalanan kami ni singgah di Mekah dahulu sebelum ke Madinah . Inilah Masjidil Haram yang sentiasa dipenuhi dengan umat manusia sepanjang masa tak pernah sunyi tak pernah tak meriah. Selama ni tengok Masjidil Haram di tv atau di sejadah dan di buku, namun kini berpeluang melihatnya di depan mata, berpeluang solat, zikir dan mengaji al Quran di dalamnya. Besar sangat rahmat-Mu kepada ku Ya Allah. Terasa diiri ni memang tak layak nak berada di sana kerana banyak sangat dosa saya. Kini barulah saya betul-betul faham apa yang mak saya maksudkan supaya berusaha sendiri untuk ke Mekah Madinah,  kerana bagi mak saya walaupun saya minta nak ikut pada masa mak saya melakukan umrah dua kali selepas tu, mak kata lebih elok kalau saya pergi dengan keinginan hati sendiri supaya dapat buat amal ibadat dengan lebih baik agar diterima oleh Allah. Keinginan ke tanah suci ni, semua pun ada, tapi hanya dengan izin Allah maka akan sampai seseorang itu ke tanah sucinya ini. 

Keadaan di dalam masjidil haram, beribadat di dalamnya yang menjadi idaman semua kerana ganjaran pahalanya ialah 100, 000 kali ganda. Dapat jumpa pelbagai golongan manusia kat sini. Namun semuanya beribadat hanya kepada Allah. Maha Suci Allah yang Satu.

Besar sangat rahmat Allah kepada saya melalui perjalanan kali ni.  Bila balik ke Malaysia baru saya sedar yang Allah berikan saya peluang terbaik melalui rahmat rakan sebilik yang pandai selok belok tentang umrah dan Masjidil Haram. Dengan pertolongan dan tunjuk ajar dari insan yang baik tu, dapatla saya buat tawaf 7 kali termasuk 3 kali tawaf umrah. Dapat juga masuk solat sunat di dalam kawasan Hijir Ismail beberapa kali yang sebenarnya agar susah nak masuk apatah lagi berdoa dan solat sunat di bawah pancuran emas tu. 

Banyak yang nak saya tuliskan namun tak terluah di sini. Moga Allah berikan peluang berkali-kali untuk datang lagi ke kota suci ini demi mencari keinsafan diri, mencucikan dosa yang ada serta lebih mengenali dan mengasihi Rasulullah S.A.W. itulah doa yang paling banyak saya ucapkan sepanjang 10 hari berada di sana. 

Comments

  1. Alhamdulillah...syukur aisy dah dijemput Allah kesana, seronok akak membacanya, pengalaman yang tak dibeli kan, moga suatu hari nanti akak pun akan menjadi tetamu juga..inshaAllah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    seronoknya..
    betul tu kak, lain org lain pengalamannya, kan !

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cntiknya, belum ada rezeki lagi pergi sana ;')

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...seronoknya kak AN.. doakan sya & family dapat jejak kaki & buat ibadah kat sana juga kak...lama dah teringin...

    ReplyDelete
  5. Tahniah AN dapat ke sana. Hati LM ni rindu sgt nk ke sana lg. moga Allah jemput kami. Dah dua tahun buat rayuan blm ada rezeki lg .

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..best sgt baca..Klu pergi mesti berkali ganda best.Semoga saya juga dipilib oleh Allah untuk menjadi tetamuNya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. seronoknya dpt jd tetamu Allah.. patut la senyap je..
    Ada masa cerita la pengalaman kat sana.. semoga dapat pegi lagi.. ira pun teringin sgt nk ke sana..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..tahniah kak eni berpeluang menjejakkan kaki ke sana...doakan saya juga ye..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah bertuah AN dah sampai ke tanah suci..betul tu semua or sda keinginan kesana.tp dengan keizinanNYA juga baru kita berpeluang

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, semoga saya dijemput ke sana suatu hari nanti. seronok sgt bc pengalaman org lain..

    ReplyDelete
  11. Beruntungnya awak dpt menjejakkan kaki ke sana AN....Dapat melihat sendiri keindahan kota suci umat Islam. Yang paling syahdu sekali tentulah dpt beribadat dihadapan Kaabah. Terasa dekatnya dengan kita dengan Al Khaliq....

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki yang tak ternilai bila kaki kita melangkah sendiri ke sana sujud dengan kebesaranNya.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1