Januari 2017

Assalamualaikum.
Dah hampir habis bulan Januari 2017 ni, tetiba terasa nak menulis sesuatu, kot kalau dah tak berapa ingat kejadian masa muda hari nanti, bolehla jenguk blog untuk mengimbas apa yang pernah ditulis.

Awal tahun ni pastilah yang menjadi tumpuan ialah Encik dalam gambar di atas ni. Kemain seronok dia kerana dapat masuk ke tahun satu. Sebulan berlalu, mama dah rasa biasa aktif seawal pukul 5.30 pagi. Mujur Encik ni pun tak kisah kena bangun seawal 5.50 pagi. Mama jelah yang terlebih emo dalam masa seminggu pertama bila melihat anak naik van untuk ke sekolah pada pukul 6.15 pagi. Balik pulak dah pukul 6.45 petang paling awal. Keluar masa masih gelap dan balik ke rumah pun dah gelap. Tak apalah ye nak. Alah bisa tegal biasa ye anakku.. kalau tak susah dahulu macam mana nak senang kemudian, Kan?

Dua Encik ni pun alhamdulillah, baik-baik juga. Sejak sesi persekolahan ni, macam diorang tahu je kalutnya mama, tak banyak karenah diorang. Kecuali sekali sekala Encik kecil tu berjaga awal sangat nak ajak mama main dengan dia. Jenuhla mama mengantuk kalau sekali sekala si baby tak nak tidur pada pukul 3 pagi. Di usia empat bulan baby dah sedap badannya, membesar dengan jayanya kata Papa N. Dah 6.8kg masa timbang untuk check up empat bulan. 

Bulan Januari juga tak ada tetamu menyinggah di rumah kami, alhamdulillah lega sangat. Haha, bukan apa. Sebulan ni fasa membicarakan diri dengan situasi tak cukup tidur serta setiap hari kalut menyiapkan pelbagai benda Dan dah mula bekerja pulak. Tambah kalut lagi bila tahun ni saya kena ajar subjek baharu, hari-hari kena baca buku, kalau tak panik nak ajar murid-murid. 

Sekian catatan mama anak tiga. Semoga ketiga-tiga hero saya ni bakal menjadi insan teragung..
Semoga Februari Dan seterusnya juga akan jadi masa yang membahagiakan buat kami. Buat kita semua juga.. amin

Comments


  1. Bak sini Auntie pinjam baju si Encik bongsu tu..(eh bongsu ke?). Cantik!. Corak2 daun buluh.. teringat baju raya Auntie masa muda2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. insyaAllah bongsu dh ni..

      Kalau muat, ok je..Ambil la.. nazmi tak dapat pakai lama dah rasanya baju tu, hari demi hari membesar..

      Delete
  2. Awalnya naim kena naik bas sekolah...itulahkan mula2 mama emosi juga tengok ank naik van tapi lama2 terpaksa terima juga hakikat anak2 perlu berdikari dari kecil sbb mama bekerja..sedihh juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. memang awl.. rasa kesian sangat dia kena pergi tak cerah alam lagi sedangkan lama lagi sekolah nak mula.. tapi ragam orang kat bandar ni mcm itulah kan. Kalau mak tak kerja keadaannya lain ..Moga diorang ni ok jela walau apa pun..

      Delete
  3. Ya Allah penatnya, tak dapat akak bayangkan tahun 1 keluar rumah seawal jam 6.15pg, balik 6.45ptg, akak dah berusian 40anpun rasanya tak mampu nak hadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, area rumah kami ni tepi dua buah highway, JD awal pagi dan ptg mmg Japan sesak sangat. Itu sebabnya transporter terpaksa aamik awal utk elakkan kesesakan. Lepas 6.40 je mau la terdekat area taman ni sejam.. padahl jarak ke sekolah Naim 10-15 min je pun kalau xjam.

      Delete
  4. aamiin

    awalnya keluar rumah..
    mcm keluar pergi ofis plakk kan..

    akak, dok jerteh tak de nya kecek tranung. kene kecek klate gok. ahahaha.

    akak balik klate mai la jenjalan rumah saya di jerteh. area kg gong kedak jah.. (",)

    akak klate kat mana.su lupa lah. lama sangat x mai sini? .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kalau balik Pasir mas xlalu tganu.. tapi insyaAllah kalau ada lagi bjalan kat area sana, insyaAllah boleh cari cik su Dan rania.. pandainya rania kecek kelate lepas ni ye.

      Delete
  5. Ceria jer si Encik Sulung dapat masuk darjah 1..
    Encik yg tengah dah nampak makin matang... Dah jadi abang la katakan..
    Wah, cepatnya En Bongsu membesar... Besar bagai juara... comel nya... geram nak cubit2 pipi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. yelah sgt tu.. tiga hero tiga kisah berbeza..

      Delete
  6. Dh msuk darjah 1 si abg..cpt btl masa berlalu..rsa bru tgk dia kecik lg.. Skrang dh 3bln sek..msti dia smakin seronok.. Blaja rajin2 ye abg..

    ReplyDelete
  7. Salam AN.... amboi seboklah sangat kan sampai nak menyampuk dalam grup pun tak sempat dah. Maaflah okje pun tak tertinggal jejak kat sini.
    Tengok gambor atas yg ceria tu mmg nampak sangatlah En Naim sedang melalui fasa kegembiraan dengan kawan kawan dia. Moga terus ceria ye En Naim...

    ALhamdulilah dapat anak anak yg tak banyak menimbulkan kerenah. Rezeki jugak tu. Psst paling rezeki tak de org yg menyinggah bila mem tengah kelam kelibut hihih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...sihat ke? dah lain blognya ni

    ReplyDelete
  9. Memang awal sungguh Naim bangun nak ke sekolah ya, AN. Balik pun matahari dah nak terbenam ^_^ Nak buat macamana, itulah rutin anak-anak bersekolah zaman sekarang. Alah bisa, tegal biasakan, AN. Saya pun kadang-kala tak larat nak bangun pukul 5 pagi tapi bila fikir-fikir balik, itu perkara biasa sebenarnya untuk emak-emak yang ada anak bersekolah. Kalau mak lain boleh buat, kenapa kita tak boleh pulak! Ya tak?

    ReplyDelete
  10. Awalnya naik van sekolah... mujur senang bangun pagi.

    Alahai yang kecik tu kemain comei la hai...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1